ARKIB

KATEGORI

Buletin

smartCO dilancarkan, inisiatif perkasa komuniti dan perniagaan khusus untuk pemilik smart

Berita Tempatan

Views

smart Malaysia melancarkan smartCO yang bertujuan untuk membina komuniti yang kukuh di mana peluang perniagaan dapat bekembang dengan pesat dan keseluruhannya dapat diintegrasikan dengan lancar melalui aplikasi Hello smart.

smartCO bukan hanya sekadar program, tetapi juga merupakan satu inisiatif yang mencerminkan semangat inovasi dan kerjasama bersama ahli komuniti smart.

Inisiatif ini mengajak semua pemilik EV smart untuk bersama-sama mencipta sebuah komuniti yang dinamik dan dapat dimanfaatkan bersama.

Sama ada anda seorang pengusaha restoran, jurugambar, penasihat undang-undang, atau penulis bebas, smartCO mengalu-alukan perniagaan dari pelbagai jenis pekerjaan.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang berkata, menerusi smartCO, pihaknya memberikan pelanggan peluang yang tiada tandingan untuk mengembangkan perniagaan mereka sambil memupuk kesepaduan dalam kalangan pemilik smart.

Berkenalan & Bertukar Pendapat

smartCO direka untuk memudahkan hubungan antara pemilik smart, membolehkan mereka berkenalan dan bertukar pendapat antara ahli program dalam komuniti melalui aplikasi Hello smart.

Inisiatif ini menggalakkan pertukaran pengalaman dan pandangan yang ideal dalam menjadikan komuniti lebih sihat.

Peluang Perniagaan

Dengan menyertai smartCO, pemilik perniagaan mendapat pendedahan dan akses kepada rangkaian ahli program yang berpotensi daripada komuniti smart.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Aplikasi Hello smart menyediakan platform untuk ahli program mempromosikan perniagaan mereka dalam meningkatkan sokongan dan peluang kolaborasi bersama.

Nikmati Faedah yang Eksklusif

Ahli program smartCO akan menikmati faedah yang eksklusif di setiap program smart. Selain itu, ahli program smartCO juga ditawarkan diskaun khas dan pakej yang menarik kepada pemilik yang lain bagi mewujudkan ekosistem yang bermanfaat dan menguntungkan sesama ahli program.

Faedah ini dapat meningkatkan pengalaman pemilikan dan mengukuhkan ikatan komuniti. Tambah Zhang Qiang, pihaknya bukan sahaja memimpin pasaran EV malah sedang memperkuatkannya semula.

Sertai smartCO hari ini dan jadi sebahagian daripada komuniti yang bercita-cita tinggi dan bersemangat seperti anda. Untuk maklumat lanjut mengenai Program Faedah Komuniti smartCO, sila layari pautan INI.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply