ARKIB

KATEGORI

Buletin

NETA V langgar serpihan tayar lori di lebuh raya sebelum terbakar – Intro Synergy Sdn Bhd

Berita Tempatan

Views

Pengedar tunggal jenama kenderaan elektrik (EV) NETA, Intro Synergy Sdn Bhd telah mengeluarkan satu kenyataan media berhubung insiden kebakaran sebuah NETA V di akaun Facebook rasmi Neta Auto Malaysia.

Kejadian tersebut berlaku pada awal pagi ini (9 November 2024) melibatkan sebuah NETA V di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Menurut kenyataan di Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, kenderaan bernombor pendaftaran RAS 9926 telah terbakar 100 peratus.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Anggota bomba membuat pemadaman menggunakan sebuah alat pemadam api mudah alih semburan air halus (portable water mist), dua aliran salur bantu mula dan satu aliran hos+buih (hose+foam) sehingga api terpadam.

Walaubagaimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan cedera. Ketua Pegawai Eksekutif Intro Synergy Sdn. Bhd., Farok Maasom berkata, laporan awal menunjukkan bahawa kenderaan tersebut melanggar serpihan tayar lori di lebuh raya.

Selepas berhenti di bahu jalan, malangnya kenderaan itu telah terbakar. Buat masa ini, tiada sebarang petunjuk mengenai sebarang kecacatan mahupun kerosakan produk.

 

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Ia dilihat sebagai satu kemalangan terpencil yang melibatkan bahaya luaran di jalan raya. Laporan polis telah dibuat, dan pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa.

Pihak syarikat kini sedang menjalankan siasatan menyeluruh untuk bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran tersebut.

Pasukan teknikal juga telah dikerahkan, dan pihaknya bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa yang terlibat untuk menilai keadaan secara menyeluruh.

Sebarang infromasi terkini akan dikemas kini sebaik sahaja pihaknya memperoleh maklumat. Intro Synergy juga ingin merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa dan pasukan penyelamat atas tindakan pantas serta sokongan mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dan Neta Auto Malaysia

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye… 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply