ARKIB

KATEGORI

Buletin

Maxus T60 facelift dilancarkan – Harga RM115,888 termasuk Maxus Performance Kit secara percuma!

Berita Tempatan

Views

Pengedar jenama Maxus di Malaysia, The Weststar Group pada minggu lalu telah melancarkan trak pikap yang dikemaskini, Maxus T60 facelift.

Ia dijual pada harga RM115,888 dan ditawarkan dengan enam pilihan warna, Obsidian Black, Agate Red, Lava Grey, Blanc White, Aurora Silver dan Ocean Blue.

Penempah terawal model trak pikap ini bakal menerima rebat RM1,500 tetapi untuk tempoh yang terhad sahaja.

Bukan itu sahaja, semua tempahan bagi model trak pikap yang ini akan menerima pakej kit peningkatan prestasi Maxus Performance Kit yang bernilai RM 3,000 secara percuma!

Kit ini mampu meningkatkan kuasa enjin 2.8-liter 16-injap DOHC VGT Turbocas sedia ada kepada 155 kuasa kuda pada 3,000 rpm.

Apa yang penting, kit ini turut meningkatkan angka daya kilas daripada standard 360 Nm kepada 425 Nm antara julat 1,600 hingga 2,300 rpm.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Enjin dengan piawaian emisi Euro 4 ini disambungkan kepada transmisi 6-kelajuan automatik dari Punch dengan Sistem Pacuan Empat Roda Kawalan Elektronik BorgWarner yang dilengkapi beberapa mod, iaitu 2H, 4H dan 4L ketika sedang bergerak.

Pilihan Mod Pemanduan membolehkan pemandu memilih antara tiga mod kuasa berasingan, iaitu Eco, Normal dan Power. Kadar penggunaan bahan api juga dipertingkatkan daripada 9.6-liter/100km kepada 9.0-liter/100 km. Dengan kapasiti tangki bahan api 75-liter, sudah semestinya trak pikap ini mampu bergerak lebih jauh.

Dari segi penggayaan, Maxus T60 kini hadir dengan jeriji hadapan dalam warna hitam kusam dan rim aloi bersaiz 17-inci. Pelanggan juga boleh memilih rim bersaiz 19-inci dengan bayaran tambahan sebanyak RM3,000.

Di ruangan kabin, ia menerima kerusi hadapan dengan pelarasan secara elektrik, 15 ruang simpanan barang dan kargo keseluruhan sehingga 1,188 liter.

Ia dilengkapi sistem infohibur yang menyokong ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto dengan paparan skrin berdefinisi tinggi bersaiz 10-inci. Selain itu, sterengnya turut dilengkapi butang kawalan audio dan kawalan jelajah.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Semasa dilancarkan, trak pikap ini menjadi model pertama dalam kelasnya yang menawarkan brek cakera berliang di hadapan dan belakang serta Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS).

Dari segi keselamatan, Maxus T60 facelift dilengkapi dengan beg udara hadapan dan sisi, lampu hadapan dengan pelarasan automatik, penderia belakang, kamera undur, dua cagak ISOFIX dan Sistem Informasi Titik Buta (BLIS).

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Daya Brek Elektronik (EBD), Kawalan Cengkaman, Bantuan Brek (BA), Kawalan Mula Mendaki (HAS), Kawalan Melongsor (HDC) dan Intervensi Pergerakan Oleng (RMI).

Antara ciri-ciri lain trak pikap ini termasuklah butang penghidup enjin, pendingin hawa automatik, rak barang aluminium, roll-cage besi tahan karat, injak sisi, pemegang pintu dan cermin sisi kemasan krom serta lampu kabus.

Trak pikap ini ditawarkan dengan jaminan selama lima tahun atau 130,000km. Paling menarik, ia turut ditawarkan dengan pakej selepas jualan komprehesif yang merangkumi alat ganti dan kos buruh selama empat tahun atau 80,000km.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply