ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rakan kongsi Jeep, GAC tuduh Stellantis ‘tak hormat’ pelanggan China

Berita Global

Views

Rakan kongsi Jeep dari China, Guangzhou Automobile Group (GAC) menuduh Stellantis tidak menghormati pelanggan dan tidak menjadi rakan kongsi yang boleh dipercayai, sebagai punca kepada penamatan usaha sama mereka.

Menurut laporan Bloomberg, syarikat China itu berkata komen yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Stellantis, Carlos Tavares pada Khamis lalu “tidak boleh dipercayai”.

Ketua Pegawai Eksekutif itu berkata, usaha sama antara syarikat telah rosak akibat kegagalan GAC serta campur tangan politik.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Dalam satu kenyataan, GAC berkata usaha niaga itu sebenarnya gagal mencapai kejayaan berikutan “kurangnya rasa hormat Stellantis terhadap pelanggan dalam pasaran kereta China.”

Syarikat itu juga berkata, mereka “gagal mewujudkan mekanisma operasi yang saling boleh dipercayai dan disesuaikan dengan persekitaran yang sangat kompetitif di China bagi mengatasi kerugian berterusan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.”

Dalam sesi wawancaranya sebelum ini, Tavares mengakui bahawa usaha sama itu mengalami kerugian, dan seolah-olah bersetuju bahawa ‘hilang kepercayaan‘ adalah sebab utama untuk berpisah dengan rakan kongsi tempatannya.

Beliau menambah, dasar China yang memihak kepada jenama tempatan turut dikatakan sebagai faktor penyumbang.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Stellantis sebelum ini berkata, ia telah menandatangani perjanjian untuk meningkatkan kepentingannya dalam usaha sama itu kepada 75 peratus, tetapi kemudian mendakwa “tidak melakukan apa yang sepatutnya dilakukan.”

Sementara itu, GAC Group turut menyatakan kebimbangan yang sama, mengatakan bahawa ia tidak memfailkan kertas kerja yang berkaitan dalam perjanjian pemilikan kerana “tiada konsensus mengenai perjanjian yang berkaitan.”

Ia mendakwa Stellantis sebenarnya adalah pihak yang tidak memenuhi keperluannya dan punca perkongsian tersebut dibubarkan.

Usaha sama itu telah menghasilkan model Jeep Cherokee, Renegade, Compass dan Grand Commander. Stellantis berkata, pihaknya kini akan mengeksport kenderaan Jeep ke pasaran China dan tidak lagi mengeluarkannya di sana.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply