ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mazda MX-5 RF 2019 diperkenalkan

Berita Tempatan

Views

Mazda MX-5 RF telah dikemaskini untuk tahun 2019 dan kini ia didatangkan dengan paparan infohiburan Mazda Connect yang menerima Apple CarPlay® dan Android Auto® sebagai ciri  standard. Ia masih mengekalkan nadi yang sama, enjin Skyactiv-G 2.0 liter yang telah dipertingkatkan dan hasilnya, ia mampu menjana 181 kuasa kuda pada 7,000 rpm (naik 17 peratus) dan 151 lb-ft daya kilas pada 4,000 rpm.

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran

Selain itu model ini turut dilengkapi rim aloi 17 inci dengan kemasan hitam metalik untuk kesemua varian dan stereng teleskopik baharu. Mazda MX-5 RF diimport sepenuhnya dari Jepun dan hanya ditawarkan menerusi enjin Skyactiv-G 2.0 liter, tetapi dengan dua pilihan transmisi sama ada Skyactiv-Drive 6-kelajuan automatik dengan mod Manual, atau transmisi manual 6-kelajuan.

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran

Tujuh pilihan warna menarik ditawarkan, ia termasuklah Soul Red Crystal, Machine Gray, Jet Black, Snowflake White Pearl, Eternal Blue, Ceramic Metallic dan Artic White. Harga jualannya pula bermula dari RM 259,154.00. Semua kenderaan baharu Mazda yang didaftarkan mulai 1 Januari 2019 akan menerima Jaminan Pengeluar 5-Tahun + Penyelenggaraan Percuma 5-Tahun (kecuali Mazda BT-50) termasuk caj buruh, alat ganti dan pelincir, namun ia terhad untuk perbatuan sejauh 100,000km (yang mana terdahulu).

Harga jualan Mazda MX-5 RF 2019:

VARIAN RF (HARDTOP) 
MAZDA MX-5 2.0L A/T RM 260,354.00 
MAZDA MX-5 2.0L M/T RM 259,154.00 

 * Harga untuk Semenanjung Malaysia. Pendaftaran persendirian. Harga atas jalan tanpa insurans.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil
JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply