ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen tawar servis Walnut Blasting Decarbonizer

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menambah satu lagi servis selepas jualan yang baharu, iaitu Walnut Blasting Decarbonizer di semua pengedar sahnya. Perkhidmatan ini boleh didapati pada harga serendah RM515 dan dicadangkan sebagai satu langkah pencegahan bagi setiap 45,000km.

Volkswagen Walnut Blasting Decarbonizer menggunakan kulit kayu walnut untuk menghilangkan karbon yang melekat di dalam enjin bagi menawarkan pemanduan lebih bersih dan lancar. Diperakui dan diluluskan oleh Volkswagen AG, langkah ini dilihat ekonomikal, efisien dan tidak menghakis kerana ia tidak menggunakan bahan kimia berbahaya.

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran

Semua kereta dengan enjin pancitan terus yang menggunakan bahan api akan menghasilkan deposit karbon akibat kesan proses pembakaran, ia kemudian menyebabkan prestasi enjin menjadi lembab. Selepas bertahun-tahun, ia akan membentuk jelaga yang keras di sekeliling injap pengambilan. Jelaga tersebut menimbulkan halangan di dalam enjin dan membuatkan enjin hilang kuasa, panas dan penggunaan bahan api lebih tinggi.

Selain daripada lampu amaran Unit Kawalan Elektronik dan enjin menyala, simptom lain ialah bunyi melahu yang kasar, pecutan tidak lancar, cetusan terputus-putus dan bunyi ketukan (knocking). Pengarah Urusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia, Erik Winter berkata penambahan servis ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan di bawah janji Volkswagen Cares.

Para pemilik kenderaan Volkswagen dinasihatkan untuk menghilangkan karbon enjin setiap 45,000km sebagai satu langkah pencegahan dan mendapatkan bantuan lanjut daripada mana-mana pengedar sah.

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran

Promosi selepas jualan yang sedang berlangsung ketika ini

Penyerap hentak
Pemilik sedia ada boleh mendapatkan pemeriksaan percuma di pusat servis Volkswagen. Mereka yang perlu menukar penyerap hentak pula akan menerima diskaun tambahan sebanyak 20 peratus daripada harga asal. Diskaun ini ditawarkan pada penyerap hentak dan pegas gegelung tulen Volkswagen.

Tayar
Nikmati tayar berkualiti pada harga bermula dari RM184 serta dapatkan faedah-faedah tambahan seperti pemasangan, penjajaran dan seimbangan secara percuma yang didatangkan bersama pakej tayar sehingga hujung tahun ini.

Bateri
Pelanggan yang perlu menukar bateri akan menerima diskaun sebanyak 20 peratus untuk bateri baharu pada harga bermula RM355 (bergantung kepada model), di bawah promosi bateri sedia ada. Promosi ini juga telah dilanjutkan sehingga hujung tahun.

Sila muat turun aplikasi mudah alih Volkswagen Cares untuk mendapatkan kemas kini tentang inisiatif yang lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil
JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply