ARKIB

KATEGORI

Buletin

MBPP larang pengguna jalan raya berswafoto dan buang sampah merata-rata di Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus

Berita Tempatan

Views

Majlis Ban­daraya Pulau Pinang (MBPP) mengingatkan semua pengguna jalan raya agar tidak memberhentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di Paya Terubong demi keselamatan mereka.

Menurut K! ONLINE, MBPP menerusi satu kenyataan menyeru pengguna agar menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah merata-rata di kawasan itu.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai situasi di Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus yang dipenuhi sampah sarap yang dibuang pengguna jalan raya yang berhenti di situ.

Laluan itu adalah alternatif kepada penduduk di kawasan Paya Terubong dan Air Itam untuk berhubung dengan kawasan Bukit Jambul, Bukit Gambir, Balik Pulau dan kawasan sekitarnya serta baru sahaja dibuka kepada umum 13 Januari lalu.

Kenyataan itu juga berkata, para petugas pembersihan telah dikerahkan untuk membersihkan segera sampah sarap yang telah dibuang sewenang-wenangnya di Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, semalam.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

MBPP berasa kesal dengan sikap sesetengah para pengguna jalan raya yang tanpa segan silu membuang sampah keluar dari kenderaan semasa memandu.

Tambah MBPP, ada juga pengguna jalan raya yang memen­tingkan diri sendiri tanpa menghiraukan keselamatan dengan memberhentikan kenderaan di bahu jalan ‘lebuh raya tertinggi di Malaysia’ itu untuk berswafoto pemandangan indah dan meninggalkan sampah sarap.

Tambahnya, kelakuan seum­pama itu seolah-olah tidak menghormati keindahan alam sekitar dan juga keselesaan para pengguna yang lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply