ARKIB

KATEGORI

Tular

Bergaduh di lokasi kemalangan, lima ‘penarik kereta’ ditahan

Tular

Views

Polis menahan lima daripada kira-kira 20 individu yang terbabit dalam insiden pergaduhan ketika kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di Georgetown, semalam.

Menurut Berita Harian, kejadian itu turut tular di laman sosial menerusi rakaman video oleh orang awam. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, berlaku kemalangan membabitkan lori membawa muatan mozek dan dua kenderaan lain pada jam 2 petang.

Menerusi siasatan awal, Soffian berkata, pergaduhan membabitkan pekerja penarik kereta itu berlaku akibat salah faham berkaitan urusan menarik kenderaan yang terbabit dalam kemalangan berkenaan.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Anggota Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut yang berada di lokasi kejadian cuba meleraikan pergaduhan itu tetapi gagal sebelum mendapatkan bantuan anggota polis Cawangan Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

Katanya, ketika anggota MPV dan URB tiba di lokasi kejadian, semua individu berkenaan sudah melarikan diri. Mengulas lanjut, Soffian berkata, setakat ini seramai lima lelaki warga tempatan berusia antara 26 hingga 50 tahun sudah ditahan di sekitar Georgetown, semalam.

Tambahnya, polis turut merampas senjata yang digunakan dalam pergaduhan itu iaitu topi keledar dan pengunci motosikal (motorcycle fork lock).

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Menerusi video tular berdurasi 0:27 saat itu, memaparkan pergaduhan membabitkan sekumpulan individu di atas lebuh raya berkenaan. Pergaduhan itu berlaku di laluan bertentangan kemalangan dan menghala ke pusat Bandaraya.

Beberapa pengguna lebuh raya yang melalui laluan itu turut memperlahankan kenderaan mereka dan difahamkan berlaku kesesakan di kedua-dua arah jalan raya berkenaan.

Kerja pembersihan serpihan mozek yang bertaburan turut membabitkan pekerja dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply