Sebanyak 100 kenderaan mewah termasuk McLaren dan Ferrari yang dibawa keluar dari Langkawi, Kedah ‘diburu’ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kenderaan itu sedang dicari dalam operasi khas SPRM yang dijalankan selepas pemiliknya dipercayai bersekongkol dengan sindiket untuk membawa keluar kereta itu dari Langkawi dengan mendapat pengurangan duti kereta mewah secara tidak sah sehingga kerajaan terpaksa menanggung kerugian mencecah puluhan juta ringgit.
Menurut sumber, siasatan pihaknya mendapati ada 100 kenderaan mewah yang berada di atas jalan raya di seluruh negara selepas dibawa keluar dari Langkawi oleh sindiket terbabit.
Katanya, kenderaan ini ada yang dibeli pada 2015 lagi dan mendapati ada yang sudah bertukar pemilik asalnya hingga ke pemilik ketiga.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Sumber berkata, SPRM akan mengesan individu yang bersubahat dengan sindiket untuk mengurangkan duti kereta mewah secara tidak sah dari Langkawi.
SPRM sudah mengumpul dokumen berkaitan kenderaan mewah terbabit bagi mengesan kenderaan itu dan membantu siasatan.
Siasatan akan diteruskan bagi membawa pulang kembali ketirisan wang cukai kerajaan oleh sindiket terbabit. Menurutnya, pihaknya akan mengadakan fasa kedua operasi khas itu untuk diambil tindakan.
Dalam fasa pertama operasi khas yang dijalankan di utara negara ini pada 13 Julai lalu, SPRM berjaya menyita 20 kereta mewah.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Hasil operasi itu, SPRM berjaya menumpaskan satu sindiket mengurangkan duti kereta mewah secara tidak sah yang mengakibatkan ketirisan cukai kerajaan sehingga RM33 juta.
Dalam operasi itu, tujuh individu berjaya ditahan di Kedah dan mereka yang dikesan ini adalah ejen sebuah agensi kerajaan yang bersubahat dengan mengemukakan maklumat palsu.
Siasatan SPRM mendedahkan suspek itu bersubahat bersama pemilik kereta terbabit dengan mengemukakan dokumen yang mempunyai maklumat palsu bagi tujuan mendapatkan pengurangan penilaian duti kastam.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Tan Kang Sai berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – Harian Metro
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI