ARKIB

KATEGORI

Tular

Memang ‘kerja gila’, bilionwan dari China selamba angkut Rolls-Royce Ghost ke penthouse tingkat 44

Tular

Views

Baru-baru ini tular video di akaun Instagram kurdistan.millionare.cars
yang memaparkan proses mengangkat sebuah Rolls-Royce Ghost milik bilionwan dari Fujian, China menggunakan kren ke ‘penthouse‘nya yang berada di tingkat 44.

Ini bukan suatu tugas yang mudah kerana bilionwan itu terpaksa mengupah firma kejuruteraan untuk membina sebuah ‘sangkar besi’ untuk mengangkat kereta tersebut menggunakan tiga kabel yang kuat dan kukuh yang ditarik oleh sebuah kren.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Rakaman dan imej yang disiarkan menerusi media sosial, menunjukkan kelancaran proses membawa naik Rolls-Royce Ghost itu ke tingkat 44 tanpa sebarang masalah besar, sebelum sepasukan pekerja menggunakan tali keluli untuk menariknya ke balkoni untuk diturunkan.

Sebenarnya, Rolls-Royce Ghost ini amatlah berat dan diharap balkoni tersebut mampu menampung bebannya. Memang agak teruja jugalah melihat proses yang jarang-jarang berlaku ini, namun bagaimana pula sekiranya si pemilik mahu memandu kereta tersebut?

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Mungkin beliau perlu mengeluarkan lagi beberapa ratus ribu dolar untuk membina kren baharu dan menurunkannya semula ke bawah. Duit dia banyak tak ada hal sangat la kan?

Ini bukan kali pertama kita melihat individu yang ‘kaya gila’ melakukan perkaran pelik sebegini. Pada bulan Mei, seorang jutawan di Melbourne, Australia telah meminta McLaren Senna GTR miliknya diangkat menggunakan kren ke dalam ‘penthouse‘nya di tingkat 57 yang bernilai $39 juta (RM120,171,512).

Pada masa yang sama juga, individu tersebut mengakui bahawa kereta itu berkemungkinan terpaksa menghabiskan sisa hidupnya di penthouse kerana adalah hampir mustahil untuk mengalihkannya semula.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply