ARKIB

KATEGORI

Tular

Mekanik pusat servis ‘tertinggal kain buruk dalam bonet’ punca Proton Saga FLX SE ini terbakar?

Tular

Views

Sejak semalam ‘kecoh’ di laman group SAGA VVT OWNER CLUB (SAVVTOC) selepas satu hantaran yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook bernama Riky Rohmiatin mengenai sebuah Proton Saga FLX SE milik abangnya yang terbakar.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Merujuk kepada laporan polis yang dikongsikan oleh Riky, kejadian itu berlaku selepas dia baharu sahaja pulang dari melakukan rutin servis di sebuah pusat servis Proton. Katanya, semasa dalam perjalanan pulang, bonet kereta tersebut secara tiba-tiba berasap di jalan Pulai Kanchong Darat.

Lantas dia memberhentikan kereta di tepi jalan dan tidak lama selepas itu api semakin marak. Dia terus menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan dan tidak lama kemudian sebuah jentera bomba tiba untuk memadamkan kebakaran. Selepas api berjaya dipadamkan, siasatan awal dari pihak bomba mendapati kebakaran berpunca dari kain buruk yang tertinggal di dalam bonet kereta.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Kereta tersebut baharu sahaja selesai diservis di sebuah Pusat Servis Proton yang terletak di Jalan Bunga Pekan, Banting. Tambah laporan polis itu lagi, dia mengesyaki kain buruk itu tertinggal akibat kecuaian mekanik di pusat servis itu yang menyebabkan kereta tersebut terbakar.

Dalam perkembangan berasingan, Riky turut meminta pandangan dari ahli group tersebut bagaimana cara untuk menyelesaikan tuntutan insurans atau membuat tuntutan saman pada pusat servis itu. Pelbagai respon oleh warganet yang mahu tindakan sewajar diambil berikutan kecuaian yang berpunca dari pusat servis tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Riky Rohmiatin

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply