ARKIB

KATEGORI

Buletin

Myvi rempuh Accord hingga terbalik, seorang anggota TLDM maut

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, seorang anggota TLDM manakala dua lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Harimau Tarum, Plaza Pelangi di Johor Bahru pagi tadi. Kemalangan pada jam 8.30 pagi di persimpangan lampu isyarat jalan tersebut melibatkan kereta jenis Honda Accord, Perodua Myvi dan Proton Iswara.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Pelanggaran tersebut mengakibatkan kereta Honda Accord dan Perodua Myvi berkenaan terbalik serta mengakibatkan seorang pemandu terperangkap. Pemandu Honda Accord, Mohd Rizal, 31, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Perodua Myvi, Nur Fatin Nazrah, 23, dan pemandu Proton Iswara, Chang Ah May, 78, cedera.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian. Ketua Operasinya, Penguasa Bomba Kanan II Nordatul Badrol Abd Rahman berkata, semasa tiba di lokasi didapati anggota TLDM tersebut tersepit di tempat duduknya dalam keadaan kereta tersebut terbalik.

Jelas beliau, tindakan operasi mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas menyelamat Road Traffic Accident (RTA). Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan yang hadir di tempat kejadian. Tambahnya, kesemua mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya. Kata beliau lagi, operasi berkenaan tamat pada jam 9.52 pagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Aurizn Malaysia

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply