ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Berita Tempatan

Views

Siapa sangka kereta Wira buatan Malaysia mampu diubah suai menjadi kereta diinspirasikan daripada filem adiwira Batman, hasil kerja tangan mekanik tempatan.

Kenderaan enam tayar dicetuskan sekumpulan peminat permotoran Bambush Revamp Motorsport (BRM) sejak lima tahun lalu itu dilengkapi pintu hidraulik automatik dikendalikan alat kawalan jauh.

Presiden BRM, Jai Prakash, berkata setakat ini kos ubah suai kereta itu mencecah lebih RM100,000 menggunakan enjin VR4 turbo bersesuaian dengan bentuk dan kini hampir 70 peratus selesai.

Menurutnya, kenderaan itu direka khas bagi tujuan pameran automotif dan ia akan dipamerkan di Amerika Syarikat pada Mac tahun depan dalam usaha mengetengahkan kreativiti mekanik tempatan di peringkat global.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Katanya, ketika ini mereka masih meneliti penambahan yang perlu dilakukan menerusi idea ahli kelab sebelum memuktamadkannya untuk dipamerkan kepada orang ramai.

“Kadang kala ada bahagian yang kita sudah pasang terpaksa ditukar kepada konsep lain selepas menerima cadangan daripada ahli dan kami bercadang reka bentuk itu dipatenkan”.

Beliau berkata kepada pemberita pada majlis perasmian kereta konsep BRM sempena Majlis Makan Malam Gala 20 Tahun BRM, kelmarin.

BRM ditubuhkan pada 2003 dan setakat ini terdapat 147 ahli aktif dari Pulau Pinang, Johor Bharu dan Lembah Klang yang terbabit dengan aktiviti pameran automotif, konvoi dan drift.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Pelancaran disempurnakan Pengarah Pembangunan Sukan dan Rekreasi Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Nor Azli Mohamad Daud.

Nor Azli berkata, KBS sentiasa menyokong perkembangan sukan permotoran di negara ini dan buktinya pada tahun lalu kerajaan membelanjakan RM3 juta untuk pembangunan dan penganjuran program pameran automotif.

Katanya, usaha menghasilkan kereta konsep Batman ini adalah suatu idea yang menarik kerana ia dihasilkan oleh mekanik tempatan.

Beliau berkata pengurusan BRM mungkin boleh berbincang dengan KBS supaya dapat mengadakan kerjasama bagi mengetengahkan kereta konsep terbabit.

Katanya, pameran automotif dan bidang permotoran bukan hanya setakat dapat memenuhi minat penggemar, malah mampu menjana ekonomi peniaga dan negara. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sham Bigsumo dan Cargasm

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply