ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suspek curi lembu serang dan larikan kereta peronda polis maut ditembak

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki berusia 33 tahun maut ditembak, selepas menyerang anggota polis dengan senjata tajam di Kampung Joh, Labok, di Machang, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, DCP Mohd Ali Tamby, berkata dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi, anggota bertugas berkereta peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang menerima aduan orang awam terdapat sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna putih dalam keadaan mencurigakan di kawasan Kampung Joh, Labok.

Kenderaan peronda polis telah bergerak ke lokasi berkenaan dan terserempak dengan kereta yang dinaiki oleh dua orang lelaki.

Menyedari kehadiran polis, kereta tersebut memecut melarikan diri dan dikejar oleh kereta peronda polis melalui jalan Machang ke arah Kota Bharu sambil pihak polis memberikan arahan dengan pembesar suara untuk suspek berhenti.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Mengulas lanjut, Mohd Ali berkata semasa kejadian itu turut berlaku beberapa kali pelanggaran antara kereta suspek dengan kenderaan peronda polis hingga menyebabkan kereta suspek terbabas ke kanan jalan di kawasan Kampong Labok.

Semasa anggota kereta peronda turun untuk membuat pemeriksaan, pemandu kereta (suspek) telah keluar menyerang anggota polis sambil memegang senjata tajam.

Pada masa yang sama anggota berkenaan telah memberikan amaran sebelum terpaksa bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah kaki suspek untuk mempertahankan diri.

Namun suspek bertindak meluru masuk ke bahagian pemandu kenderaan peronda polis serta melarikan kenderaan peronda polis ke arah Kota Bharu.

Bagaimanapun, kenderaan peronda polis yang dilarikan telah dijumpai berhenti di tepi jalan dengan jarak lebih kurang empat kilometer dari lokasi kejadian di kawasan Pulai Chondong .

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Suspek disahkan meninggal dunia di kerusi pemandu dalam kereta peronda dan mayat suspek dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat.

Beliau berkata seorang rakan suspek iaitu lelaki berumur 43 berjaya ditahan di tempat kejadian manakala suspek yang mati itu berasal dari Pengkalan Chepa dan mempunyai beberapa rekod jenayah.

Katanya, siasatan lanjut mendapati sebelum kejadian suspek disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri lembu di Kawasan Kampong Joh, Labok, ekoran terdapat seekor lembu yang baru disembelih di lokasi berkenaan.

Pemeriksaan ke atas kenderaan suspek, menjumpai peralatan mencuri lembu seperti beberapa utas tali, picagari yang mengandungi cecair dipercayai ubat pelali, sebilah parang, pisau, pengasah dan dokumen pengenalan diri milik seorang lelaki beralamat di Sungai Besar, Selangor turut dirampas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307, 379, 379A, 186 Kanun Keseksaan dan 42(1) APJ (Akta Pengangkutan Jalan). – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit INFO Rakyat DALAM Kelantan – irdk

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply