ARKIB

KATEGORI

Buletin

Melaka bakal bina sistem Maglev 22km bernilai RM900 juta, jadi penghubung ke Disneyland Jasin

Berita Tempatan

Views

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis baru-baru ini mengumumkan cadangan pembangunan sistem ‘Maglev’ sepanjang 22 kilometer dengan nilai pelaburan RM900 juta.

Menurut portal Melaka Hari Ini, sistem Maglev itu yang menghubungkan lokasi ‘hotspot‘ pelancongan Melaka termasuk Taman Tema Disneyland dan Disney City yang bakal dibangunkan dalam daerah Jasin pada tahun 2027.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Dengan berkeluasan kira-kira 80.9 hektar itu bakal menjadi Taman Tema Disneyland yang terbesar di rantau Asia Tenggara (ASEAN).

Pembangunan taman tema itu adalah yang pertama diwujudkan di ASEAN selepas China, Korea, Eropah dan Jepun dan pembinaannya menelan kos kira-kira RM2 bilion.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Muhammad Jailani berkata, sistem Maglev dan Disneyland ini akan menambahbaik lagi sasaran pihaknya untuk mempertingkatkan sasaran 20 juta pelancongan dalam tempoh tiga tahun.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi cadangan 22km sistem Maglev untuk menghubungkan lokasi hotspot pelancongan dan membangunkan Taman Tema Disneyland serta Disneycity di negeri Melaka, kelmarin.

MoU berkenaan melibatkan beberapa syarikat termasuk Taming Sari Berhad, Institusi Perbankan (Exim Credit Dubai Zurich Capital Bank dan Sparco Bank UK) dan Korea Camping Caravanning Federation A Divisional Corporation (KCCF).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply