Mahkamah Majistret semalam menjatuhkan hukuman penjara dua hari dan denda RM6,000 terhadap seorang lelaki kerana memandu kereta dengan membahayakan pengguna jalan raya lain, yang mana kejadian itu tular di media sosial.
Majistret, Fatin Dayana Jalil, memutuskan hukuman berkenaan selepas Lim Ching Hong, 26, yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Mahkamah juga mengarahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan, selain lesen memandu digantung selama lima tahun dan kesalahan akan dimasukkan pada lesen terbabit.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Mengikut pertuduhan, Ching Hong didakwa memandu kenderaan jenis Lexus berwarna perak yang bernombor pendaftaran BQA 1188 dengan membahayakan pengguna jalan raya lain di Jalan Syed Putra, di Kuala Lumpur, jam 9.19 pagi, Ahad lalu.
Oleh demikian, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan boleh dihukum di bawah akta sama jika disabitkan kesalahan.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda hingga RM15,000, selain hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu minimum lima tahun, lesen memandu percubaan dibatalkan serta kesalahan akan ‘diendors‘ (dimasukkan) pada lesen memandu.
Ketika prosiding, pegawai pendakwa, Inspektor Mohd Nor Hafiz Mohd Wazir, memohon hukuman maksimum atas kesalahan membahayakan pengguna jalan raya, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu denda minimum kerana tiada pekerjaan tetap dan perlu menanggung keluarga.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Semalam, media melaporkan polis menyiasat tindakan pemandu kereta itu yang berhenti mengejut hingga dirempuh sebuah motosikal.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, dipetik berkata siasatan awal mendapati suspek dan mangsa masing-masing berada di lorong pertama serta kedua sebelum kemalangan berlaku.
Suspek dikatakan memandu secara melulu dan berbahaya dengan mengubah haluan ke lorong kedua dan membrek secara mengejut sebelum mangsa yang gagal mengawal motosikalnya melanggar belakang kereta terbabit dan terjatuh.
Tular video kamera perakam video atau dashcam berdurasi 24 saat menerusi media sosial yang memaparkan sebuah kereta memberhentikan kenderaannya secara mengejut di hadapan penunggang motosikal. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI