ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sime Darby ambil alih pegangan 61.2 peratus UMW Holdings Berhad, nilai RM3.57 bilion

Berita Tempatan

Views

Sime Darby Berhad (Sime Darby) mengumumkan telah memasuki perjanjian pembelian saham bersyarat dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk mengambil alih pegangan 61.2 peratus PNB dalam UMW Holdings Berhad (UMW).

UMW merupakan sebuah konglomerat terkemuka dengan pelbagai portfolio perniagaan termasuk segmen automotif, peralatan, ruang udara, dan pembuatan & kejuruteraan (M&E).

Mengikut terma perjanjian, Sime Darby akan membeli 61.2 peratus saham PNB dengan bayaran tunai keseluruhan sebanyak RM3.57 bilion, atau RM5 sesaham.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Setelah perjanjian ini menjadi tidak bersyarat, Sime Darby akan membuat tawaran umum untuk 38.8 peratus saham yang tidak dimilikinya dengan tujuan untuk mengeluarkan UMW dari Bursa Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, ia adalah langkah strategik untuk memperluas dan mengukuhkan kehadiran syarikat dalam sektor automotif Malaysia, dengan penambahan dua jenama berprestasi tinggi ke dalam portfolio iaitu Toyota dan Perodua.

Ujar beliau, urusniaga ini akan mengukuhkan kedudukan Sime Darby sebagai pemain automotif utama Malaysia.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Sebagai rakan pilihan kepada jenama-jenama automotif yang paling dikagumi di dunia, pihaknya sangat teruja untuk berpeluang bekerjasama dengan Toyota, salah satu pengeluar kereta terbesar dan paling dipercayai di dunia.

Pengambilalihan tersebut akan meningkatkan pendapatan bersih sesaham Sime Darby dan meningkatkan pulangan pemegang saham Sime Darby.

Sime Darby berharap proses pengambilalihan akan selesai dalam tempoh tiga bulan dari tarikh SPA (perjanjian jual beli), tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa dan kelulusan pemegang saham serta syarat-syarat penutupan lazim. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply