ARKIB

KATEGORI

Tular

Menjadi beb! Taktik gagalkan cubaan pemandu kereta culas bayar tol dapat pujian warganet

Tular

Views

Orang ramai berpuas hati melihat taktik yang digunakan seorang pemandu yang berjaya menggagalkan cubaan culas membayar tol.

Melalui rakaman papan pemuka yang dikongsikan @AsyrafRosli_ di Twitternya, kejadian tersebut dipercayai berlaku Disember lalu mengikut tarikh pada video tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Menerusi video itu, pada awalnya, sebuah kereta di belakang pemilik video kamera pemuka (dashcam) itu mula ‘cucuk’ kenderaannya dipercayai bertujuan untuk culas bayaran tol.

Pemandu yang berada di hadapan enggan membuat bayaran tol meskipun dihon berkali-kali pemandu yang mengikutinya rapat bagi menunggu masa sesuai untuk membuat bayaran.

Selepas pemandu di belakangnya tidak puas hati dan ingin keluar dari kereta, pemandu di hadapan itu dengan cepat membuat bayaran tol sekaligus mengagalkan cubaan culas tol pemandu di belakangnya.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Rata-rata komen pengguna Twitter berasa kagum dengan tindakan pemandu yang berjaya gagalkan cubaan culas tol itu.

“Ohh, macam ini cara untuk halang kereta tak mahu bayar tol terlepas, terima kasih bro,” kata @KarlParkHyun

“Nak buat tak berani, takut dia ganggu kita atas lebuh raya lepas dia (pemandu di belakang) berjaya bayar tol,” kata @raaaapotato. “Kenapa ada orang macam ini? memang tak ada duit ke? geram betul,” kata @fellenwort.- KOSMO! ONLINE.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply