ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bas terbakar di plaza tol UPM, berpunca dari kegagalan klac

Berita Tempatan

Views

Kegagalan injak klac yang kemudian mencetuskan api dikesan menjadi punca kebakaran membabitkan sebuah bas persiaran di lorong tol Plaza Tol Universiti Putra Malaysia (UPM), awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 6.13 pagi itu, seramai 44 penumpang bas berdepan detik cemas apabila bas dinaiki mereka terbakar ketika melalui plaza tol berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kesemua penumpang termasuk pemandu bas sempat menyelamatkan diri.

Beliau berkata, pemandu bas berusia 41 tahun memaklumkan dia cuba menekan injak klac pada jarak 50 meter sewaktu bas menghampiri plaza tol, tetapi mendapati ia keras sebelum bas tiba-tiba berhenti dengan sendiri.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Pemandu itu juga memaklumkan, dia terdengar jeritan seorang penumpang sebelum meninjau menerusi cermin sisi kiri dan mendapati api sedang marak di bahagian belakang.

Katanya, siasatan awal mendapati, bas berkenaan dalam perjalanan dari Skudai, Johor ke Kuala Lumpur dengan membawa 20 pelancong dari Indonesia dan selebihnya pelancong Singapura dan rakyat tempatan.

Wan Kamarul Azran berkata, beliau dimaklumkan, pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) cuba memadamkan kebakaran bas dengan enam alat pemadam api tong, namun tidak berjaya.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Menurutnya, api kemudian berjaya dipadamkan sepenuhnya satu jam kemudian oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang.

Tambah beliua, bas berkenaan terbakar sepenuhnya, malah bumbung Plaza Tol UPM juga terbakar. Bas itu juga sudah dialihkan ke lokasi selamat.

Sebelum ini, PLUS memutuskan untuk menutup sementara laluan keluar di persimpangan bertingkat UPM bagi kerja-kerja pemeriksaan lanjut struktur plaza tol berkenaan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bomba Selangor

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply