Semalam berlangsungnya pelancaran rasmi Akademi Bateriku yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Datuk Seri Amirudin Bin Shari, di TTDI Jaya, Shah Alam.
Perasmian ini menandakan langkah penting dalam usaha Bateriku.com untuk memperkasakan tenaga kerja mahir dalam industri automotif dan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.
Majlis telah dihadiri oleh lebih 120 tetamu jemputan, termasuk wakil-wakil dari Invest Selangor, MBSA, MIDA, MARA Selangor dan pelbagai agensi lain.
Bateriku.com merupakan sebuah syarikat milikan Bumiputera yang telah menabur khidmat sejak Mac 2014.
Dengan model perniagaan yang berasaskan teknologi dan gig ekonomi, Bateriku.com telah menyempurnakan perkhidmatan “Connected Roadside Assistance” (Bateri, ‘Breakdown’ & Bengkel) kepada lebih daripada 1.5 juta pemilik kenderaan.
Akademi Bateriku merupakan subsidiari Bateriku.com yang melatih ekosistem Bateriku.com. Ia telah menerima pentauliahan penuh pada tahun 2023 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) melalui Program Penilaian Amali (PPA-PPT) serta Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN),
Tujuan Akademi Bateriku ditubuhkan adalah untuk melatih ekosistem Bateriku.com, rakan-rakan industri, golongan belia dan komuniti menerusi program latihan jangka masa pendek dan komprehensif.
Rakan-rakan industri termasuklah Kementerian Belia & Sukan Malaysia (KBS), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Majlis Amanah Rakyat (MARA), GIAT MARA, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Malaysia Technology Development Corporation (MTDC) dan Petronas AutoExpert.
Setakat hari ini, Akademi Bateriku telah melatih hampir 1,500 juruteknik mobil bergerak (BHero), melahirkan seramai 78 orang usahawan (BPreneur) dan lebih daripada 500 mekanik di seluruh Malaysia.
Modul-modul yang disediakan adalah daripada tahap 2 sehingga tahap 4 berasaskan kenderaan-kenderaan ICE (Petrol, Diesel), Hybrid dan EV.
YAB Datuk Seri Amirudin menyatakan bahawa penubuhan Akademi Bateriku adalah selaras dengan matlamat kerajaan negeri untuk membangunkan modal insan berkualiti tinggi dalam bidang-bidang kritikal seperti automotif dan tenaga hijau.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam mengukuhkan ekonomi negeri serta mencipta lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor.
Akademi Bateriku bukan sahaja berfungsi sebagai pusat latihan kemahiran, tetapi turut menyediakan platform untuk usahawan-usahawan muda melalui program BHero dan BPreneur, yang bertujuan melahirkan generasi baru usahawan dalam industri automotif.
Inisiatif ini menepati matlamat Bateriku.com bukan sahaja memacu perkembangan industri, tetapi juga membantu dalam mengurangkan jejak karbon dan menyokong kemampanan alam sekitar melalui program-program kitar semula bateri terpakai.
Selain daripada pelancaran tersebuti, Menteri Besar Selangor turut diberi peluang untuk melawat kemudahan di Bateriku Garage (BGarage) dan turut meluangkan masa bersama tenaga pelatih, usahawan BPreneur dan juruteknik mobil bergerak BHero.
Bateriku.com berharap Akademi Bateriku akan menjadi satu pencetus kepada perubahan besar dalam industri automotif di Malaysia, terutama dalam melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang berkemahiran tinggi serta berdaya saing di peringkat global.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI