ARKIB

KATEGORI

Buletin

MESTI BACA : Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bantu keluarga wanita ini yang terlibat dalam tragedi kemalangan maut

Info

Views

Ketika ini seluruh rakyat negeri Pahang Darul Makmur sedang berduka di atas kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah di Institut Jantung Negara (IJN) pagi semalam.

Ketika ini istiadat pemakaman diRaja sedang berlangsung dan penulis rasa terpanggil untuk kongsikan satu nukilan oleh Rabi’atul ‘Adawiah Ghani menerusi laman Facebooknya semalam, bagi mengenang jasa Almarhum Tuanku yang sanggup mengeluarkan ‘duit poket’ sendiri bagi membantu keluarganya tersebut yang terlibat dengan kemalangan jalan raya pada tahun 2003.

Jom kita baca dan hayati nukilan ringkas ini.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

November 2003

“Aku ingat lagi, masa tu aku kat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS). Tengah lepak bilik member aku, tiba-tiba rakan sebilik aku panggil memberitau telefon aku tak berhenti berbunyi, panggilan dan sms masuk macam apa je. Bila aku naik, aku baca ramai orang ucap takziah kat aku. Aku mula-mula dapat tahu yang kakak aku (Marsitah bt Ghani) meninggal dunia. Kemalangan dekat Gambang. Tapi aku tak tahu berita ini dari ibu ayah aku.

Bila aku hubungi ibu, ibu cuma cakap kejap lagi makcik aku akan datang ambil aku bawak balik. Dalam perjalanan ke Maran, aku dapat tahu yang sorang lagi adik aku (Norhafizah bt Ghani) meninggal dalam kemalangan itu juga.

Sorang lagi adik aku (NurAsyikin bt Ghani) dekat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan. Cedera parah di kepala. Allah punya kuasa, masa adik mula-mula sampai di sana, bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) penuh. Tangki gas oksigen habis digunakan sebab ada lagi kemalangan lain pagi itu yang melibatkan enam keluarga.

Kebetulan masa itu, Almarhum Tuanku Sultan Ahmad Shah berada kat situ untuk melawat keluarga tersebut. Baginda Almarhum mendapat tahu pasal adiknya dan memanggil Pengarah Hospital atau Person In Charge masa itu. Baginda arahkan adik dipindahkan ke sebuah hospital swasta masa, yang terbaik pada masa itu di Kuantan, Kuantan Specialist Hospital, Alor Akar.

Almarhum Tuanku berkata kepada ayahnya :
“Takpa, jangan risau . Koi bayo” (Tak apa, jangan risau. Saya bayar).

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Baginda sempat bertanya pada ayah, ada duit belanja nak berbuka tak petang ini. Baginda terus seluk poket baju melayu dan keluarkan sejumlah wang. Sekali seluk sahaja, bila ayah tengok ada RM1,000.00.

Tidak cukup dengan itu, Almarhum Tuanku meminta Tengku Mahkota, Tengku Abdullah (Sultan Pahang dan Yang DiPertuan Agong sekarang) untuk datang menziarah kami sekeluarga di rumah pula. Sekali lagi ada sedikit bantuan yang Almarhum Tuanku hulurkan kepada kami.

Bukan nilai duit yang aku nak cerita sekarang, tetapi nilai budi pekerti Raja (Almarhum Tuanku) yang sentiasa dekat di hati rakyat. Raja yang pedulikan rakyatnya. Allah ambil kesayangan kami di bulan yang mulia. Allah hantarkan Almarhum Tuanku kepada kami, dan buka jalan untuk selamatkan adik dan semalam, Allah muliakan Almarhum Tuanku Sultan pula.”

Nota kaki : Betul kata orang, bila kita meninggal dunia, hanya amalan kita yang tinggal sebagai bukti.

Inilah yang dinamakan Raja dan rakyat berpisah tiada. Kami di Funtasticko.net merafak Sembah Takziah kepada KDYMM Sultan Pahang, Kerabat DiRaja Pahang dan seluruh rakyat Negeri Pahang Darul Makmur diatas kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al Fatihah

‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply