ARKIB

KATEGORI

Info

MESTI BACA : Tips untuk elakkan pinjaman kenderaan anda ditolak

Info

Views

Kami terpanggil untuk kongsikan info ini yang disampaikan oleh rakan kami Alffian Jasni yang merupakan salah seorang penasihat jualan di Proton Kinabalu Sabah. Untuk pengetahuan anda, Alffian antara salah seorang penasihat jualan Proton yang terbaik di Malaysia.

Jadi beliau kongsikan pengalamannya sebagai panduan untuk anda semua. Ini adalah isu-isu pelanggan yang sering menjadi persoalan dan merupakan faktor yang menyebabkan anda gagal untuk mendapatkan pembiayaan kenderaan dari pihak bank.

Sebelum membeli kereta sila pertimbangkan perkara-perkara ini. Ada banyak sebab dan anda perlu sedari sendiri kelemahan dokumen anda.

1. Pendapatan RM1,700 adalah pendapatan bersih paling minimum untuk memohon pinjaman kenderaan . Ia merupakan kunci utama anda sebelum meneruskan urus niaga.

2. Rekod pinjaman lalu juga sangat penting ketika memohon pinjaman baharu. Jika masih ada hutang kad kredit atau pinjaman PTPTN, lebih baik anda selesaikannya terlebih dahulu.

3. Status pekerjaan juga memainkan peranan. Sama ada tetap atau kontrak. Gaji hari atau komisyen. Semuanya akan diambil kira walaupun gaji kita besar.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

4. Selain itu, jenis pekerjaan seperti polis, pengawal keselamatan, dan pemandu akan turut diambil kira bagi sesetengah bank. Kenapa? Pemarkahan (Scoring) bayaran balik dan risiko jenis pekerjaan ini agak tinggi. Tidak  menghairankan sekiranya tempat tinggal anda pun terlibat kerana kos sara hidup berbeza antara bandar-bandar di seluruh negara.

5. Walau bagaimanapun setiap bank mempunyai polisinya yang tersendiri. Kadang kala ‘Bank A’ tidak luluskan permohonan anda, tetapi ‘Bank B’ boleh. Sila berterus terang dengan jurujual anda dengan keadaan kewangan sebenar, mungkin mereka boleh membantu.

6. Pinjaman Penuh (Full Loan)? Isu sangat sensitif bagi Bank Negara. Pinjaman kenderaan telah ditetapkan hanya 90 peratus sahaja kepada peminjam. Jika ada 100 peratus hanya Bank Rakyat dan Bank Islam sahaja yang dibenarkan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jika bank komersial melakukan pinjaman penuh, ia sebenarnya adalah disebabkan menaikkan harga (mark up price). Dari segi undang-undang ia memang satu kesalahan, jadi anda perlu pandai untuk ‘kawtim’ dengan pengedar anda. Jangan paksa sekiranya tidak boleh.

7. Penjamin? Ada dua jenis penjamin. Pertama boleh gabung (ibu bapa dan suami/isteri). Ramai yang salah faham adik-beradik boleh gabung gaji, sebenarnya mereka hanyalah penjamin jenis nombor dua. Boleh jamin jika peminjam cukup pendapatan, tiada rekod pinjaman sebelum ini di Bank Negara ataupun baru masuk kerja. Jadi, jenis penjamin nombor dua adalah penjamin sekadar menjamin tetapi tidak boleh gabung pendapatan. Jika gaji anda di bawah RM1,700 maka carilah penjamin yang boleh gabung pendapatan. Jangan cari adik-beradik, saudara ataupun kawan kerana harapan untuk lulus cuma 20 peratus.

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

8. Faedah bank? Setiap bank mempunyai kadar faedah yang berbeza bergantung dengan pemarkahan anda. Jangan salahkan bank jika faedah agak tinggi dengan kelulusan yang diprolehi. Jika anda sedar kewangan anda lemah, bersyukurlah bila ada bank yang sudi meluluskan pinjaman anda. Jangan banyak songeh!

9. Deposit tinggi juga bukan membantu anda 100 peratus untuk mendapatkan kelulusan pinjaman. semuanya bergantung kepada pendapatan anda .

10. Memiliki kenderaan atas nama sendiri tetapi diguna pakai dan dibayar oleh individu lain juga dikira sebagai komitmen anda. Jangan kata kenderaan tersebut dibayar oleh orang lain bermaksud komitmen anda berkurangan. Ia tetap sama.

Oleh itu, apabila melakukan pinjaman pada tahap pendapatan serendah RM1,700 sila pertimbangkan perkara-perkara di atas. Jangan percaya dengan pengedar untuk menguruskannya sehingga selesai. In kerana pengedar bukanlah institusi pembiayaan/pinjaman anda. Tugas mereka hanyalah untuk membantu anda.

Akhir sekali, jangan sesekali cuba mengubah slip pendapatan anda. sama ada melakukan sendiri ataupun bantuan daripada pengedar. Jika ‘kantoi’ , kes akan diserahkan kepada pihak polis dan anda akan dihadapkan ke mahkamah.

Macam ketat je syaratnya kan? Sebenarnya tidak, kita seharusnya bersyukur kerana di Malaysia kita masih boleh berhutang dengan bank dan perjanjian memihak kepada kita. Cuba anda tengok di negara lain, sistem pinjaman bank mereka lagi ketat dan kejam. Kalau anda tidak percaya, boleh Google.

Semoga artikel ini bermanfaat. Sila kongsikan kepada rakan-rakan ye!

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply