ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Apakah yang diuji oleh Perodua pada Daihatsu Tanto ini?

Video Intipan

Views

Petang semalam rakan kami yang dirahsiakan identitinya telah berjaya mengesan kelibat sebuah Daihatsu Tanto betul-betul berhampiran dengan ibu pejabat Perodua. Unit yang diuji tanpa sebarang celoreng penyamaran ini besar kemungkinan memberi petunjuk kepada model baharu Perodua yang akan dilancarkan nanti.

Namun ia bukanlah model yang ditukar lencana (rebadged) seperti yang pernah dibuat oleh Perodua sebelum ini kerana mereka mempunyai keupayaan mereka bentuk kereta sendiri sejak pengenalan Bezza dan Myvi. Kami syak jurutera Perodua sedang menguji sistem yang ada pada model Daihatsu Tanto ini yang akan digunakan pada model baharu tersebut.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Ia bukanlah sesuatu yang pelik kerana kami telah kerap kali memuat naik artikel mengenai beberapa model Daihatsu versi JDM yang diuji di sini, salah satunya adalah Daihatsu Thor. Tiga tahun lepas kelibat Daihatsu Move telah dikesan dan difahamkan ia menguji sistem A.S.A pada model Myvi generasi baharu.

Besar kemungkinan model Tanto ini digunakan untuk menguji sistem keselamatan Smart Assist yang ada padanya. Sistem Smart Assist ini merangkumi empat fungsi – sistem Brek Kecemasan Automatik pada kelajuan rendah, Kawalan Kesilapan Menekan Pedal, Amaran Pergerakan Kenderaan dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) serta Kawalan Cengkaman (TRC).

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Model ini juga dilengkapi dengan ciri Isyarat Henti Kecemasan untuk kesemua variannya. Jadi ada kemungkinan ciri-ciri ini diuji oleh Perodua untuk model terbaharunya nanti. Kami jangka model itu adalah generasi baharu Axia yang sepatutnya tiba tahun ini jika mengikut kepada kitaran hayatnya.

Ia bukan lagi rahsia kerana pada tahun lalu Perodua telah menghantar satu isyarat yang cukupt kuat menerusi model X-Concept yang dipertontonkan semasa Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18). Model konsep dengan gaya reka bentuk hatchback kompak itu memberi petanda yang cukup jelas mengenai apa yang sedang dibangunkan Perodua ketika ini.

Kami akan cuba menghantar Mat Bond untuk merisik dulu. Nantikan info selanjutnya dari semasa ke semasa!

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply