ARKIB

KATEGORI

Info

MESTI TONTON : Cara paling kacang untuk cuci enjin Direct Injection (Pancitan Kebuk)

Info

Views
Cara paling kacang untuk cuci enjin! Korang mesti tak sangka, kena tengok sampai habis

Teknologi enjin semakin canggih. Sekarang hampir semua kereta, termasuk yang paling mampu milik semuanya menggunakan sistem pancitan bahan api dan yang paling canggih menghantar bahan api terus ke dalam kebuk. Kelebihan sistem ini ialah penjimatan bahan api dan juga ia boleh menghasilkan kuasa dan daya kilas yang tinggi apabila dipadankan dengan teknologi lain seperti turbo.

JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Tetapi setiap kelebihan pasti ada kekurangannya dan antara kekurangan enjin pancitan kebuk ialah tiada bahan api yang melepasi corong masuk udara. Kenapa penting ada bahan api melalui corong masuk udara? Kerana bahan api petrol dan diesel dibancuh dengan pencuci. Hah korang ingat iklan petrol yang kata produk mereka ada pencuci tu kelentong aje ke? Itu bukan kelentong, itu benar!



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Tanpa bahan pencuci, lapisan karbon boleh mudah terbentuk di belakang injap dan ini boleh menyebabkan kemerosotan prestasi yang agak nyata. Kalau dulu kita perlu membuka kepala silinder untuk melakukan ‘top overhaul’ dan membersihkan injap kini tak perlu lagi. Dengan teknologi nyahkarbon menggunakan kulit kacang walnut segalanya boleh selesai dalam tempoh sehari sahaja.

Selain penjimatan masa, teknik ini juga menjimatkan kos. Kami minta kebenaran Volkswagen untuk masuk ke pusat servis mereka bagi melihat sendiri bagaimana proses ini dilakukan. Kami memang teruja dengan keputusannya, memang bersih habis. Nak tahu tentang kos dan penjelasan teknikal terperinci, boleh klik pada pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombol

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply