ARKIB

KATEGORI

Buletin

MESTI TONTON : Toyota GR Supra generasi baharu dilancarkan – Varian GTS sahaja, harga dari RM568k

Berita Tempatan

Views
2019 Toyota GR Supra dilancarkan dengan drift oleh Tengku Djan di Sungai Besi

Lewat petang tadi UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UWMT) melancarkan model kereta sport ikonik Jepun, Toyota GR Supra generasi baharu di Malaysia. Raja Drift Malaysia Tengku Djan Ley diberi penghormatan untuk mengiringi Ketua Pegawai Sukan Permotoran merangkap Timbalan Pengerusi UMWT, Akio Takeyama dengan memandu jentera tersebut ke pentas pelancaran.

Hanya varian GR Supra GTS sahaja ditawarkan untuk pasaran Malaysia dan ia dijana oleh enjin 3.0 liter enam-silinder sebaris turbo, yang mampu menghasilkan 340 PS dengan daya kilas maksima 500 Nm. Jentera ini dipacu oleh roda belakang yang digandingkan bersama transmisi automatik lapan-kelajuan yang membolehkannya memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 4.3 saat, namun dihadkan secara elektronik pada 250 km/j.

Toyota GR Supra dijual pada harga bermula dari RM 568,000 untuk pendaftaran persendirian di Semenanjung Malaysia. Lapan warna ditawarkan untuk pasaran Malaysia, antaranya Prominence Red, Lightning Yellow, White Metallic, Deep Blue Metallic, Silver Metallic, Matte Storm Grey Metallic, Black Metallic dan Ice Grey Metallic.

Antara ciri-ciri menarik Toyota GR Supra 2019 termasuklah sistem infohiburan Toyota Supra Connect, sistem audio JBL dengan 12 pembesar suara, paparan head-up, tempat duduk dengan pelarasan elektronik, sistem kunci pintar dan butang penghidup enjin. Ia turut dilengkapi dengan Toyota Safety Sense dan tujuh beg udara.

Toyota GR Supra serba baharu ini hanya dijual di cawangan pengedar terpilih yang memiliki kedai konsep GR Garage. Setakat ini hanya lima cawangan yang mempunyai GR Garage, tiga di Lembah Klang dan masing-masing satu di utara dan selatan tanah air. Konsep GR Garage telah diperkenalkan di Jepun merupakan premis yang menjual pelbagai produk di bawah jenama Gazoo Racing.

Jom saksikan video aksi drift dari Tengku Djan Ley!

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Ikuti laman web, Facebook dan YouTube kami untuk video-video ulasan pandu uji terkini. Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube rasmi kami di FTV dan tekan butang loceng untuk mendapatkan pemberitahuan atau menjadi yang terawal menonton episod baharu kami! Kalau belum menonton episod yang lepas, “MESTI TONTON : Axia 2019 memang Style-ooo, harga bermula dari RM24K”, ketik sahaja butang “play” pada pautan video di bawah!

2019 Axia memang Style-ooo (RM38,890)...harga bermula RM24K

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Jika anda rasa video ini menarik, sila kongsikan dengan rakan-rakan. Nantikan video-video terbaharu dari kami selepas ini!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Engear TV

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply