Proton baru-baru ini telah menyerahkan 50 unit Proton Iriz kepada Metro Driving Academy. Kereta tersebut telah diubah suai oleh ACE, anak syarikat Proton Global Services yang khusus dalam binaan dan pengubahsuaian.
Ia dibina mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, Iriz adalah pilihan yang tepat untuk pemandu baharu kerana gabungan kebolehgerakan, dimensinya yang kompak serta ciri keselamatannya.
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
Tambah beliau, pihaknya menghargai kepercayaan yang ditunjukkan oleh Metro Driving Academy dan berharap ini akan menggalakkan lebih banyak sekolah memandu untuk mempertimbangkan Proton ke dalam senarai mereka.
Metro Driving Academy yang ditubuhkan sejak 1998, merupakan akademi memandu berlesen yang telah dianugerahkan Akademi Pemanduan Terbaik dan Akademi Pemanduan Bertaraf 5-Bintang oleh JPJ.
Unit Iriz yang telah diserahkan itu bakal digunakan oleh pelajar Metro Driving Academy di kampus Subang dan Puchong.
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
Iriz yang menerima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti struktur badan dari keluli Tempa Panas (HPF), Kawalan Kestabilan Kenderaan (ESC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan Bantuan Mula Mendaki (HHA).
Ciri yang paling berguna untuk pelajar ialah kamera undur dan penderia tempat letak kereta untuk membantu dari segi visual dan bunyi semasa meletakkan kereta.
Manakala suis mod ECO menggalakkan pemanduan yang lebih cekap dengan menghasilkan penggunaan bahan api yang lebih baik.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
KOMEN TERKINI