ARKIB

KATEGORI

Tular

Kemalangan geng ‘superbike’ di Lebuh Raya Karak – Lima cedera, seorang melecur

Berita Tempatan

Views

Lima cedera dan seorang mengalami lecur akibat kemalangan melibatkan lima motosikal berkuasa besar di kilometer 26.4, Lebuh Raya Karak – Kampung Sungai Chin Chin, di Gombak, tengah hari tadi.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 12.41 tengah hari sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Sebanyak enam anggota lain-lain pangkat berserta sebuah jentera telah dikejarkan ke lokasi kebakaran dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bagi melakukan kerja-kerja pemadaman.

Laporan awal mendapati kebakaran melibatkan sebuah motosikal jenis Honda yang terbakar sepenuhnya akibat kemalangan melibatkan lima buah motosikal yang lain.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Ekoran itu, direkodkan lima orang mangsa dalam kejadian tersebut dan seorang sahaja mengalami lecur akibat kebakaran motosikal.

Jelas Norazam, kesemua mangsa dibawa ke hospital oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum pihaknya tiba di lokasi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply