ARKIB

KATEGORI

Buletin

Michelin lancar Primacy SUV+, tampil dengan beberapa teknologi baharu

Berita Tempatan

Views

Bagi memenuhi keperluan para pengguna serta pasaran SUV yang kian berkembang, Michelin baru-baru ini telah melancarkan tayar terbaharu keluarannya iaitu Michelin Primacy SUV+.

Tayar baharu ini menawarkan ciri-ciri keselamatan yang berpanjangan, dalam kondisi jalan raya yang basah mahupun kering, meskipun setelah tayar ini mengalami kehausan.

Menurut Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Oliver Biggart, pihaknya yakin dengan pelancaran Michelin Primacy SUV+, mereka mampu menguasai dan merealisasikan potensi sebenar pasaran kenderaan tersebut.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Tayar ini dilengkapi dengan ciri-ciri teknologi baharu seperti:

  • Rekaan dinding sisi ‘Michelin Premium Touch’ dengan tekstur mikro umpama baldu (velvet) yang memperkayakan lagi estetika SUV yang menggunakan tayar ini.
  • Kandungan silika lebih tinggi dan polimer fungsian meningkatkan prestasi membrek ketika basah dan kering tanpa berkompromi dengan daya perbatuan atau rintangan golek.
  • MaxTouch Construction yang mengoptimumkan permukaan kontak bagi menjamin kehausan yang sekata serta jangka hayat bunga tayar yang lebih panjang.

Ia juga menampilkan teknologi Michelin yang dipertingkatkan, termasuk ciri kedalaman penuh dan sisip (sipe) berketumpatan tinggi dengan rekaan alur berbentuk-U untuk mengekalkan taraf keselamatan yang tertinggi walaupun setelah tayar tersebut haus.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Blok bunga tayar dengan permukaan serong pula mencegah blok tersebut daripada mengherot akibat tekanan dan sisip StabiliGrip untuk prestasi membrek ketika basah dan kering yang lebih cemerlang, disumbang oleh ciri ketegaran yang optimum serta daya pemugaran air yang lebih baik.

Berdasarkan hasil ujian tersebut, di atas jalan basah, apabila dibandingkan dengan pesaing-pesaing utamanya, Michelin Primacy SUV+ mampu berhenti dalam jarak 3.3 meter lebih singkat dalam keadaan baharu, dan 4.2 meter lebih singkat dalam keadaan haus.

Di jalan kering pula dalam keadaan baharu, ia mampu berhenti dalam jarak 2.3 meter lebih singkat, manakala daya perbatuannya pula adalah 10 [eratus lebih jauh berbanding nilai purata pesaing.

Michelin Primacy SUV+ boleh didapati di semua pusat pengedaran tayar Michelin yang bertauliah di Malaysia dalam 26 dimensi, termasuk 7 yang baharu, merentasi lingkungan saiz dari 16 hingga 20-inci. Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply