ARKIB

KATEGORI

Buletin

Michelin perkenal tayar Energy XM2+ – Lebih cengkaman, untuk kereta kecil dan sederhana

Berita Tempatan

Views

Pengeluar tayar terkemuka Michelin telah memperkenalkan tayar Michelin Energy XM2+ untuk menjadi pilihan pemilik kereta penumpang bersaiz kecil dan sederhana. Tayar ini disasarkan kepada golongan belia serta pengguna yang celik dalam aspek kewangan. Dengan slogan: “Your Stopping Superpower”, tayar ini didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan dan prestasi yang luar biasa.

Dirumus untuk menjangkaui keupayaan generasinya yang terdahulu bagi operasi pembrekan dalam keadaan basah, Michelin Energy XM2+ menawarkan tahap keselamatan yang terunggul sepanjang kitaran hayatnya. Mengulas mengenai produk terbaharu ini, Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei, En. Pascal Nouvellon berkata, Michelin Energy XM2+ telah ditambah baik berbanding iterasi yang terdahulu Michelin Energy XM2.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Prestasi yang dibawakan oleh tayar ini dirumus untuk memenuhi keseluruhan kitaran hayatnya serta Kuasa Pemberhentian atau “Stopping Superpower” tayar ini dapat dipelihara di tahap yang tinggi walaupun tayar tersebut digunakan berulang kali untuk jangka masa yang lama.

Melalui penggunaan kompaun getah silika 100 peratus yang baharu, Michelin Energy XM2+ menawarkan keupayaan jarak pembrekan yang lebih pendek dalam keadaan basah, iaitu 1.5 meter menerusi penggunaan tayar baharu, dan 2.6 meter dengan tayar terpakai. Angka-angka ini telah dibandingkan dengan bacaan purata yang dicatat oleh pengeluar tayar premium yang lain.

JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris

Tayar ini juga menawarkan jumlah perbatuan (mileage) yang lebih tinggi, iaitu sebanyak 25 peratus berbanding tayar-tayar yang diperkenalkan oleh pesaing-pesaing premium yang lain. Simbol ‘+’ pada permukaan sisi tayar ini menandakan ia dilengkapi dengan kompaun getah yang dinaik taraf, membuktikan daya pembrekan yang lebih hebat berbanding generasi tayar yang sebelum ini.

Ia juga mengekalkan tanda ‘X’ Hijau yang dibawa daripada iterasi produk terdahulu untuk menandakan penjimatan bahan api yang dapat dikecapi dengan tayar ini secara optimum. Michelin berharap kombinasi antara aspek keselamatan yang dipertingkatkan ini serta nilainya dari segi harga akan menarik perhatian pengguna-pengguna muda.

Di Malaysia, pengguna boleh mendapatkan Michelin Energy XM2+ terbaharu di Tyreplus serta wakil-wakil pengedar bertauliah Michelin di seluruh negara menerusi 32 saiz yang berbeza, dari diameter bersaiz 14 hingga 16 inci. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.michelin.com.my.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton Saga facelift 2019 dikesan sedang mengisi minyak
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply