ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nur-E 75: Prototaip EV pertama Pakistan, ‘klon’ Honda e dengan jarak tempuh 210 km

Berita Global

Views

Bersempena dengan sambutan kemerdekaan Pakistan yang ke-75, Yayasan DICE (Distinguished Innovation, Collaboration & Entrepreneurship) memperkenalkan prototaip kereta elektrik (EV) pertama negara tersebut yang dikenali sebagai Nur-E 75.

Yayasan DICE merupakan sebuah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan berpangkalan di Amerika Syarikat, yang dikendalikan oleh ekspatriat Pakistan dan disokong oleh ahli akademik serta industri tempatan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Nur-E diambil sempena istilah Noor, manakala syarikat EV itu pula akan dikenali sebagai JaXari, sempena nama seorang saintis dari abad ke-12, iaitu Ismael al-Jazari. DICE telah membangunkan Nur-E 75 sejak dari 2019.

Sekilas pandang, model EV hatchback kompak itu kelihatan seperti ‘klon’ Honda e, tetapi reka bentuknya agak menyedihkan. Walaubagaimanapun, Nur-E masih dalam fasa awal dan pertama seumpamanya dalam industri automotif Pakistan.

Nur-E 75 merupakan hatchback kompak lima pintu dengan lima tempat duduk.  Motor elektriknya mampu menjana 108 kuasa kuda dengan 200 Nm daya kilas.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Untuk sekali cas penuh, ia mampu bergerak lebih 210 km jika tidak menggunakan pendingin hawa, manakala kapasiti baterinya pula adalah 35 kWj.

Baterinya memerlukan masa mengecas tujuh hingga lapan jam jika menggunakan outlet 220V. Dengan penggunaan pengecasan pantas, bateri boleh dicas sepenuhnya hanya dalam tempoh dua jam sahaja.

Komponen EV ini direka oleh pelajar NCA, pek bateri dihasilkan oleh Universiti Kejuruteraan dan Teknologi NED dan pengecasnya pula dibangunkan oleh pelajar Sir Syed University Karachi of Engineering and Technology.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Pakwheels.com dan blog.olx.com.pk

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply