ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mighty Bakery terima unit ke-100 trak Isuzu

Views

Baru-baru ini, Isuzu Malaysia telah menyerahkan unit yang ke-100 trak Isuzu kepada Syarikat pengilang roti, roti ban dan konfeksi di bawah jenama terkemuka ‘Mighty White’, Mighty Bakery Sdn Bhd. Sesi penyerahan unit yang ke-100 ini melibatkan trak Isuzu N-Series 4-wheeler (NKR55UEEH-E), di mana sebanyak 16 unit telah didaftarkan pada tahun 2017. Penyerahan ini telah dijayakan oleh Jumbo Arena Sdn Bhd, salah sebuah syarikat pengedar sah Isuzu yang berpusat di Batu Pahat, Johor.

Sejak tahun 2012, Mighty Bakery meletakkan sepenuh kepercayaan mereka kepada Isuzu untuk memastikan penghantaran produk ke rangkaian peruncit seluruh negara menepati masa yang telah ditetapkan, bagi memenuhi keperluan harian konsumer tempatan. Pemerolehan terkini ini dijangka dapat memastikan penghantaran dan pengagihan produk ke serata negara dijalankan dengan bertepatan masa, di samping keberkesanan kos yang lebih ideal.

Selain itu, unit-unit ini juga bakal menggantikan trak-trak lama dalam flit pengangkutan semasa syarikat tersebut. Isuzu telah menjadi jenama pilihan utama untuk lojistik dan pengagihan disebabkan keutuhan dan ketegapan binaan trak yang tiada tandingan, selain daripada penggunaan bahan api yang lebih ekonomi dan kos penyelenggaraan yang rendah.

Ketua Pegawai Operasi, Bahagian Kenderaan Komersial, Isuzu Malaysia, menyampaikan penghargaannya kepada pihak Mighty Bakery di atas sokongan padu dan keyakinan yang ditunjukkan selama ini terhadap Isuzu Malaysia dan Jumbo Arena. Beliau percaya bahawa penggunaan trak-trak Isuzu dapat memastikan penghantaran dan pengagihan produk yang lebih berkesan dari segi masa dan kos.

Sebagai tanda simbolik untuk memperingati majlis penyerahan unit yang ke-100 ini, Tsukui telah menyerahkan kunci replika kepada Rodney Khor, Pengarah Pemasaran Mighty Bakery Sdn Bhd, disaksikan oleh Lim Kian Hong, Eksekutif Kanan Lojistik; dan Law Lai Poh, Eksekutif Lojistik. Majlis ini, yang diadakan di kilang Mighty Bakery yang terletak di Balakong, Selangor. Majlis turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada Jumbo Arena Sdn Bhd, iaitu Yeo Ann Siong, selaku Pengarah Urusan; dan David Yeo, Pengurus Selepas Jualan.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply