ARKIB

KATEGORI

Buletin

Misteri Proton Perdana ‘VK5231’ berhabuk di UK terungkai!

Berita Tempatan

Views
SECRET UNDERGROUND FACILITY HIDING CARS WORTH MILLIONS (FORMULA 1 AND PROTOTYPES)

Misteri kelibat sebuah Proton Perdana ‘berhabuk’ dengan nombor pendaftaran VK5231 yang ditemui oleh beberapa individu dari saluran Youtube Lost Adventures akhirnya terungkai. Penemuan tersebut telah membuatkan cerita tersebut ‘kecoh’ di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

JOM BACA >> X50 buat kemunculan awal dalam iklan Merdeka Proton

Menurut rakan Facebook kami, Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin, Proton Perdana yang ditemui bersama beberapa kereta lain bernilai jutaan ringgit di sebuah bangunan terbiar di Surrey, United Kingdom didaftarkan atas nama Mahathir bin Mohamad. Kata Adam, bangunan tersebut milik Bristol Cars, yang dimiliki oleh Kamal Siddiqi, seorang usahawan warganegara Britain berdarah Pakistan.

Bagaimana pula kereta Tun M boleh ada di sana? Al-kisahnya, ia bermula pada akhir tahun 2016 bila Tun M berkunjung ke UK dan mengadakan perbincangan dengan Kamal Siddiqi untuk mengubah suai kereta biasa kepada kereta hibrid menerusi syarikat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) milik individu tersebut iaitu Frazer Nash Research Limited yang berpangkalan kat UK.

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

Tambah Adam, disebabkan Tun M sangat suka dengan teknologi baharu dan tidak mahu Malaysia ketinggalan, atas inisiatif beliau sendiri, kereta Proton Perdana miliknya telah dihantar ke sana untuk tujuan R&D (Rujuk surat Kastam di bawah). Jika R&D ini berjaya, Proton akan berupaya untuk menghasilkan kereta hibridnya sendiri pada masa itu dan mampu bersaing dengan jenama terkemuka dunia yang lain.

Namun sehingga kini, tidak dipastikan sama ada kereta tersebut telah melalui proses R&D atau pun tidak, dan sepatutnya ia telah dibawa pulang. Difahamkan juga, kereta ini ada masalah kelulusan dan pengisytiharannya sebagai harta juga telah dibuat semasa Tun M menjadi Perdana Menteri yang ke-7.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply