ARKIB

KATEGORI

Buletin

RM67 juta diperuntukkan ganti MPV Polis lama

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperuntukkan RM67 juta untuk menggantikan 425 unit kenderaan peronda (MPV) baharu melibatkan model Honda Civic 1.8S dan Proton X70 secara berperingkat sehingga pertengahan September depan.

Pengarah Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim berkata 250 unit merupakan Honda Civic, manakala 175 unit adalah Proton X70 yang akan diguna dalam tugasan rondaan bagi menggantikan MPV lama model Proton Waja yang sudah melebihi had penggunaan lapan tahun.

JOM BACA >> X50 buat kemunculan awal dalam iklan Merdeka Proton

Katanya PDRM kini dalam peringkat pembuktian konsep (POC) bagi memastikan Proton X70 sesuai digunakan untuk penugasan kepolisan melibatkan pelbagai aspek termasuk pemanduan defensif. Jelas beliau, sekarang ini, pihak teknikal di Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman sedang membuat pemeriksaan bagi setiap kenderaan yang diterima sebelum diserahkan kepada semua kontinjen secara berperingkat.

Tambahnya, pada setiap kenderaan itu, pihaknya tidak mahu ada perkara yang tidak memenuhi atau tidak mematuhi spesifikasi teknikal yang diperlukan JPJKK untuk membuat tugas rondaan. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan MPV di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka baru-baru ini.

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

Pada majlis itu, sebanyak 14 MPV Honda Civic diserahkan kepada IPK Melaka dan majlis berkenaan turut dihadiri Ketua Polis Melaka Datuk Mat Kasim Karim. Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata MPV baharu yang diterima secara sewaan melalui konsesi dengan Syarikat Spanco Sdn Bhd itu dilengkapi peralatan komunikasi RMPNeT, kamera pemuka dan perakam video digital mudah alih serta ciri khas termasuk mempunyai kod kenderaan sendiri.

Beliau berkata kenderaan itu juga akan dilengkapi jaket kalis peluru untuk kegunaan anggota sekiranya berhadapan insiden melibatkan senjata api. Sementara itu, katanya PDRM juga dalam usaha memperoleh 1,000 unit senjata tidak bawa maut atau ‘non-lethal weapon‘ bagi kegunaan pegawai dan anggota khususnya untuk mengendalikan insiden orang agresif atau mengamuk.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Melaka

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply