Mitsubishi Motors Corporation (Mitsubishi Motors) memperkenalkan sebuah kereta konsep SUV bersaiz sederhana, Mitsubishi DST Concept di Pameran Motor Antarabangsa Filipina ke-91.
Mitsubishi DST Concept merupakan SUV dari pelantar monokok serba baharu yang menawarkan konfigurasi tiga baris tempat duduk.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Ia merupakan tambahan kepada penawaran sedia ada iaitu Pajero Sport, Xforce, Xpander dan Xpander Cross. Versi pengeluarannya bakal dilancarkan ke pasaran rantau ASEAN termasuk di Filipina pada 2025.
Model SUV ini menampilkan konsep reka bentuk “Gravitas & Dynamism“. Konsep Gravitas diserlahkan menerusi perkadaran yang menggabungkan kabin lapang dengan menawarkan ruang yang cukup, meskipun di barisan ketiga tempat duduk.
Dinamisme pula mewakili reka bentuk yang penuh dengan tenaga dan gerakan, diekspresikan melalui tayar berdiameter besar dan lega permukaan tinggi yang menawarkan tahap kebolehgerakan dan keupayaan tinggi sebuah SUV.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Reka bentuk ‘Dynamic Shield‘ masih lagi dominan pada bahagian hadapan dengan jeriji tiga dimensi dengan kemasan berbentuk sarang lebah. Jeriji ini diapit dengan sepasang lampu LED berbentuk huruf-T.
Bahagian dalamannya menampilkan ruang kabin yang luas dan mewah. Ia dilengkapi dengan panel instrumen yang dibalut dengan bahan lembut, bumbung suria panoramik, serta paparan LCD penuh yang menggabungkan panel instrumen dan unit inforia.
SUV konsep dengan pacuan roda hadapan (FWD) ini turut ditawarkan dengan lima mod pemanduan, iaitu Normal, Tarmac, Gravel, Mud, dan Wet. Buat masa ini, Mitsubishi masih lagi belum mendedahkan perincian mengenai enjin dan juga transmisinya.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI