ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi Triton AT Premium dinaik taraf untuk 2024 – Unit terhad, harga RM135,900

Berita Tempatan

Views

Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di negara ini, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah memperkenalkan varian Triton AT Premium yang telah dinaik taraf dan ia boleh didapati dalam unit terhad sahaja.

Varian ini didatangkan secara eksklusif dalam warna White Diamond dan dijual pada harga RM135,900 (tidak termasuk insurans).

Triton AT Premium menampilkan gaya yang lebih sporty dan direka untuk memikat penggemar yang menghargai pengalaman memandu yang dinamik dan bergaya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ia dilengkapi dengan kemasan bumpar depan yang bergaya, pelekat badan rekaan eksklusif, roda 18 inci Yokohama Geolander AT G015, lengkung roda, dan palang sport dan visor.

Di ruangan kabin pula Triton AT Premium didatangkan dengan plat ambang pintu bercahaya dan rekaan penyandar kepala serba baharu, termasuk Perakam Video Pemanduan (DVR) yang ditawarkan sebagai kelengkapan standard.

Varian ini masih mengekalkan enjin turbodiesel MIVEC 2.4 liter yang menghasilkan kuasa maksimum 181 PS dan 430 Nm daya kilas dengan teknologi Pemasa Injap Pembolehubah (VVT).

Dari segi keselamatan, Triton didatangkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Daya Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan Aktif (ASC), Kawalan Cengkaman (TC), Peringatan Rehat, Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan Bantuan Kestabilan Treler (TSA).

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

MMM juga bakal mengadakan acara bilik pameran ‘Roar of a Champion‘ di seluruh negara bermula pada 27 Januari sehingga 25 Februari, dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang di lokasi berikut:

NoTarikhBilik PameranAlamat
127 JanuariLalina Motors Sdn Bhd (Kuala Terengganu)Lot 22049, Banggol Beruas, Mukim Kuala Nerus, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
23 FebruariOkuan Motors Sdn Bhd (Kuantan)Lot 2104, Jalan Beserah, 25300 Kuantan, Pahang
34 FebruariAuto Raya Timur Sdn Bhd (Temerloh)Lot 9301 & 9297, Batu Tiga, Jalan Mentakab, 28000 Temerloh, Pahang
417 FebruariEON Auto Mart Sdn Bhd (Johor Bahru)No. 197-A, Jalan Skudai Kiri, Batu 4 1/2, Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor
518 FebruariMM Supreme Sdn Bhd (Johor Bahru)4C, PLO 136, Jalan Angkasa Mas 2, Kawasan Perindustrian Tebrau 2, 81100 Johor Bahru, Johor
624 FebruariSing Kwung Jidosha Sdn Bhd (Melaka)No. 2B, Jalan IMJ1, Taman Industri Malim Jaya, 75250 Malacca
725 FebruariBan Lee Heng Motor (Nilai) Sdn Bhd (Nilai)Lot 27447, Jalan BBN 5/1a, Bandar Nilai Utama, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Pengunjung bakal melihat sendiri replika Triton yang menjuarai Asia Cross Country Rally 2022, serta hadiah eksklusif berupa beg Thous Winds apabila menempah kereta Mitsubishi baharu. Triton AT Premium turut dipamerkan untuk tatapan pengunjung.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply