ARKIB

KATEGORI

Buletin

Petronas Dagangan ‘siap sedia’ laksana subsidi diesel bersasar

Berita Tempatan

Views

Sistem Petronas Dagangan Bhd (PDB) sudah bersedia untuk pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel dan dijangka tidak memberi kesan kepada jumlah jualan memandangkan ia adalah bahan api yang penting, demikian menurut Kenanga Research.

Bank pelaburan itu dalam nota penyelidikannya hari ini berkata, ia sudah dibuktikan daripada data sejarah apabila harga petrol dan diesel diapungkan pada 2019 tidak memberikan kesan material terhadap jumlah jualan runcit PDB.

Katanya, pihaknya juga memaklumi bahawa PDB tidak menjangkakan sumbangan pendapatan yang besar daripada pengecasan kenderaan elektrik (EV) pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, memandangkan pasaran EV yang masih di peringkat awal.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Penukaran pengecas arus ulang alik (AC) kepada pengecas arus terus (DC) sedang dijalankan untuk mengurangkan purata masa pengecasan untuk pengguna EV.

Dengan 20 stesen pengecas AC yang tersedia, rakan kongsi PDB, Gentari, akan meningkatkan kapasiti pada tahun-tahun akan datang.

Ia menambah bahawa PDB akan memperoleh pendapatan melalui yuran yang dibayar oleh Gentari atau pengaturan perkongsian keuntungan, tanpa operasi langsung stesen pengecasan.

PDB juga, katanya mengembangkan cawangan Café Mesra pada kadar yang lebih berhati-hati di tengah-tengah pasaran yang lemah.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Café Mesra yang berdiri sendiri di pusat membeli-belah, bangunan pejabat dan stesen kereta api menunjukkan prestasi yang lebih baik memandangkan trafik pejalan kaki yang lebih tinggi berbanding yang terletak di stesen minyak.

Bagaimanapun, sumbangan Café Mesra kepada pendapatan bahagian kemudahan PDB ‘masih belum besar’ pada masa ini.

Kenanga Research menggemari (saham) PDB kerana perniagaannya yang menjana tunai yang tinggi yang diterjemahkan kepada kapasiti besar untuk membayar dividen, kunci kira-kiranya yang kukuh dengan rizab tunai yang besar berjumlah RM2.8 bilion, selain pendapatan bahagian kemudahan yang semakin meningkat atas permintaan yang lebih kukuh untuk Café Mesra.

Bagaimanapun, mereka bimbang dengan prospek jangka panjang perniagaan runcitnya disebabkan oleh pengadaptasian EV. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply