ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsuoka Buddy – RAV4 yang disampuk badi SUV Amerika era 90-an

Berita Global

Views

Pakar dalam meng’klasik’kan kereta edisi terkini, Mitsuoka tampil dengan model baharu mereka iaitu sebuah SUV yang dinamakan sebagai Buddy. Ia sebenarnya merupakan versi ‘tukar lencana’ model generasi baharu Toyota RAV4 yang diolah sedikit rupanya mengikut gaya SUV Amerika 30 tahun dahulu.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Kami yakin ramai yang akan mengecam gaya sebegini kerana rupa RAV4 yang telah sedia elok telah dirosakkan dengan gaya yang agak buruk. Di bahagian depan, perubahan yang dilakukan masih boleh diterima lagi dengan gaya yang diinspirasikan dari Chevrolet Tahoe dalam era 1990-an, menampilkan jeriji dan bampar yang sarat dengan kemasan krom serta lampu depan berbentuk petak yang terpisah.

Di bahagian sisi boleh dikatakan ia masih kekal dengan gaya RAV4, namun di bahagian belakang ramai yang pasti hairan mengapa pereka Mitsuoka mengubahnya sebegitu rupa. Lampu belakang asal RAV4 telah diubah kepada bentuk menegak dan bampar yang dihiasi dengan kemasan krom.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Kendatipun bahagian dalaman tidak dipertontonkan, dijangka Mitsuoka akan membuat sedikit rombakan mengikut selera mereka. Buddy ditawarkan dengan 11 pilihan warna tunggal dan enam warna dwitona. Sama seperti model penderma asal, ia dikuasakan dengan dua pilihan enjin 2.0-liter petrol dengan output 168 kuasa kuda bagi varian 20LX, 20DX dan 20ST.

Satu lagi enjin, 2.5-liter hibrid dengan output 175 kuasa kuda pula ditawarkan untuk varian Hybrid DX dan Hybrid ST. Mitsuoka akan mula membuka tempahan model ini mulai 26 November nanti dan pada hari yang sama juga harganya akan turut diumumkan.

Amacam, boleh terima ke tidak ni?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply