ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerusi keselamatan kanak-kanak Perodua Care Seat diperkenalkan – Harga RM680

Berita Tempatan

Views

Perodua siang tadi memperkenalkan Care Seat, kerusi keselamatan kanak-kanak baharu yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak kecil, yang menawarkan lebih fleksibiliti, praktikaliti dan nilai kepada ibubapa di Malaysia.

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

Ia dijual pada harga RM680 di Semenanjung Malaysia manakala di Malaysia Timur, ia berharga RM695. Kerusi ini sesuai untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur hingga 12 tahun (atau berat sehingga 36 kg) akan menggantikan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak GearUp Infant dan Toddler yang masing-masing berharga RM785 dan RM975 (harga Semenanjung).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua Care Seat merupakan sebahagian daripada usaha berterusan mereka untuk menyumbang ke arah tahap keselamatan jalan raya yang lebih tinggi sebagai syarikat yang prihatin dan mengutamakan insan, selari dengan aspirasi kerajaan.

JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

Perodua Care Seat menggunakan pemasangan ISOFIX dan mematuhi piawaian ECE R44/04. Ia boleh dipusing menghadap ke depan atau ke belakang dan menampilkan enam posisi baring serta tali keselamatan yang melaraskan diri mengikut kedudukan sandaran kepala.

Ditawarkan dalam warna kelabu atau biru, perodu didatangkan dengan waranti satu tahundua kali ganda tempoh waranti kerusi yang sebelumnya serta boleh dimasukkan ke dalam pinjaman pembelian kenderaan baharu Perodua. Ia kini boleh didapati di semua pusat-pusat jualan dan servis Perodua yang sah di seluruh negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply