Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), pengedar rasmi motosikal nasional, Modenas kini merupakan pengedar eksklusif baharu, Kawasaki di Malaysia setelah tamatnya tempoh peralihan selama enam bulan bersama KMSB Motors Sdn Bhd.
Tempoh peralihan ini berakhir pada 31 Mac 2022, di mana EMOS telah pun memerhati, mempelajari dan menyesuaikan sepenuhnya operasi perniagaan rakan kongsi teknikalnya, Kawasaki Motors, Ltd. (KMC) bagi memastikan pemindahan pengetahuan sebanyak yang mungkin.
KMC kini memiliki 30 peratus ekuiti dalam Modenas bersama DRB-Hicom Berhad yang menjadi pemegang saham majoritinya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Modenas Roslan Roskan, pihaknya berjaya meyakinkan pemilik motosikal Kawasaki bahawa tahap unggul produk dan perkhidmatan pelanggan akan dikekalkan meskipun di bawah pengurusan baharu.
Pihaknya juga merancang untuk memperluaskan operasi, membangun, mengeluar dan menjual motosikal Kawasaki untuk rakyat Malaysia.
Selain itu, Modenas bakal memperkenalkan model terbaharu dan melancarkan bilik pameran eksklusif Kawasaki yang baharu secara berperingkat.
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
Dengan ekuiti yang lebih besar dalam Modenas, Kawasaki kini akan mengambil bahagian secara aktif dalam operasi di Modenas, dan bukan hanya sebagai pemegang saham.
Dengan tamatnya tempoh peralihan, Modenas akan mula memasang model Kawasaki terpilih dan pada masa yang sama mengimport model dengan enjin yang lebih besar untuk memenuhi pasaran yang lebih luas.
Sejarah Modenas dan Kawasaki bermula semenjak kerjasama mereka dalam menghasilkan model ikonik Modenas Kriss pertama pada tahun 1996.
Ketua Pegawai Pemasaran Modenas yang baharu, Yusaku Kashiwagi berkata, bersama Modenas, pihaknya yakin produk Kawasaki yang akan dibangunkan dan diedarkan dapat memberikan pengalaman menunggang yang hebat buat pelanggan mereka di Malaysia.
Sebagai pengedar eksklusif, EMOS melalui pengedarnya bukan sahaja akan menjual motosikal Kawasaki, tetapi juga akan mengedarkan alat ganti dan aksesori di Malaysia.
Selain itu, EMOS juga akan menyediakan perkhidmatan pelanggan yang meliputi semua perkara teknikal dan isu panggil semula atau “recall”.
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
Bagi semua jualan motosikal Kawasaki, alat ganti dan pertanyaan perkhidmatan berkaitan teknikal, boleh dirujuk kepada pengedar sah Kawasaki terpilih seperti senarai di bawah:
No | Pengedar | Alamat | No. Tel. |
UTARA | |||
1 | Bikers Gallery Sdn. Bhd. | NO. 380, Jalan Raja, Alor Setar 05000 KEDAH | 04-720666604-7206668 |
2 | EL Chong Motor Trading Sdn Bhd | 37, Taman Seruling Emas 14200 Sungai Bakap SPS P.PINANG | 04-5822489 |
3 | Sheng Fatt Motor Sdn Bhd | No.24, Jalan Dato Keramat, 10150 Georgetown, P.PINANG | 04-227893204-2280932 |
PANTAI TIMUR | |||
4 | Kk Superbike Sdn. Bhd. | No.103 & 104, Jalan Tan Sri Yahya, 28000 Temerloh PAHANG | 09-296127209-2968211 |
TENGAH | |||
5 | Eang Chun Motor Sdn Bhd | No. 69, 71, 73 & 75, Jln Genting Klang, Setapak 53300 KUALA LUMPUR | 03-40234790 |
6 | Serdang Motorcycle Sdn Bhd | Jalan 18/2a, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, SELANGOR | 03-89489057 |
7 | Seri Gading Enterprise Sdn Bhd | No. 10 GF, Jalan Keluli Ak7/AK, Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, SELANGOR | 03-3344891203-33446912 |
8 | Chear Motor (Shah Alam) Sdn. Bhd. | No. 42A, Jalan 15/22, Taman Perindustrian Tiong Nam, Seksyen 15, 40200, Shah Alam, Selangor | 012-6989351 03-58889669 |
9 | Soon Heng Bikers Sdn Bhd | No. 103, Jalan 1 Taman Suntex, Pekan Batu 9, Cheras, 43200 Kajang, SELANGOR | 03-9075846403-90754464 |
SELATAN | |||
10 | Zong Heng Motors Sdn Bhd | No: 13-C, Sin Hoe Garden, Bukit Baru,75150 MELAKA | 06-282962306-2871549 |
11 | BZ TOP Automobile Service | No.6, 8 & 10, Jalan Durian Daun, 75400 MELAKA | 06-283373106-2818595 |
12 | Qbee Superbike Centre Sdn Bhd | No. 6, Jalan Tiong Emas 3, Kawasan Perindustrian Tiong Nam, 81100 Johor Bahru, JOHOR | 07-3614221 |
MALAYSIA TIMUR | |||
13 | Ghee Hua Co. Sdn Bhd | Lot 66, Section 15, KTLD, Jalan Green, 93250 Kucing, SARAWAK | 082-418218082-419218 |
Untuk sebarang pertanyaan, pemilik motosikal Kawasaki boleh menghubungi WhatsApp Kawasaki Careline di +6019-570 8135.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Modenas
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata [email protected] X90 sebenarnya bukanlah SUV
KOMEN TERKINI