ARKIB

KATEGORI

Buletin

Modenas Ninja 250 bakal dilancarkan suku pertama tahun depan

Berita Tempatan

Views

Teka-teki bilakah kemunculan model sulung hasil usahasama Modenas dan Kawasaki akhirnya terjawab setelah Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan mengesahkan Ninja 250 bakal dilancarkan pada suku pertama tahun depan.

Menurut rakan kami di MotoMalaya.net, beliau berkata demikian  sewaktu sesi Track Day Modenas Bersama Media yang berlangsung di 3StonePark, Glenmarie, semalam.

Roslan berkata, di kala kekangan pandemik Covid-19 semakin berkurang, pihaknya akan kembali merancakkan kerjasama bersama Kawasaki bermula 2022.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Model yang pernah dipamerkan sempena pelancaran rasmi Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020), Modenas Ninja 250, dijangka bakal dilancarkan sekitar penghujung suku pertama 2022.

Pada masa sama, Roslan menegaskan bahawa buat masa ini perancangan awal masih lagi membabitkan penjenamaan semula beberapa model dari 250cc hingga 650cc, namun perkara itu masih lagi di peringkat perbincangan buat masa ini.

Sementara itu, MotoMalaya turut dimaklumkan bahawa Kawasaki Heavy Industries (KHI) akan menghantar seorang wakil dari Jepun yang akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) bagi membantu melancarkan kerjasama Modenas-Kawasaki.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Antara aspek yang turut akan diperhalusi adalah soal servis selepas jualan serta alat ganti dengan segala maklumat terperinci akan diumumkan kemudian.

Sebelum ini, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) telah diumumkan sebagai pengedar rasmi jenama Kawasaki di Malaysia, menggantikan Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) berkuatkuasa 1 Oktober 2021.

Bagaimanapun, proses peralihan tersebut akan mengambil masa enam bulan dan akan dibantu oleh KMSB. Sepanjang tempoh itu, pemilik motosikal Kawasaki boleh mendapatkan bantuan teknikal dan selenggara serta alat ganti di pengedar rasmi Kawasaki terdahulu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply