ARKIB

KATEGORI

Buletin

Modenas perkenal Kriss 110 dengan brek cakera – Harga RM3,877

Berita Tempatan

Views

Semalam Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah memperkenalkan varian baharu ‘kapcai marhaen’ Kriss 110 Disc Brake (DB) menerusi satu acara yang disiarkan secara maya. Model baharu ini telah menerima beberapa penambahbaikan, yang paling ketara adalah angkup brek cakera dwi-omboh pada roda hadapan.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Antara ciri lain pada model ini termasuklah rim sport dengan tayar tanpa tiub, serta kemasan warna kelabu titanium penutup enjin dan pelindung ekzos. Lampu hadapannya pula adalah dari jenis multi-reflektor yang dikatakan lebih terang pada waktu malam.

Kriss 110 DB masih mengekalkan enjin silinder tunggal sejukan udara SOHC berkapasiti 107 cc yang digandingkan bersama kotak gear empat kelajuan. Ia mampu menghasilkan 6.6 kuasa kuda pada 8,000 rpm dan 6.7 Nm daya kilas pada 6,000 rpm.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Enjin ini melayakkan Kriss 110 DB untuk diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) selain mematuhi piawaian emisi Euro3. Selain itu, Kriss 110 DB mempunyai kapasiti tangki bahan api 4.2 liter, serta dilengkapi dengan ruang simpanan di bawah tempat duduk berkapasiti 6.6 liter dan soket pengecas USB.

Tiga pilihan warna ditawarkan termasuk satu warna baharu iaitu merah selain biru dan hitam yang ada pada model sebelumnya. Modenas turut menwarkan waranti selama dua tahun atau 20,000 km untuk setiap pembelian Kriss 110 DB.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply