ARKIB

KATEGORI

Info

RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Info

Views

Lama juga kita tidak mendengar perkhabaran baharu mengenai perkembangan terkini di Proton sejak X50 dilancarkan, betul tak? Menurut ejen perisik prolifik kami Mat Bond, ketika ini petugas di unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) masih lagi bekerja mengikut sistem penggiliran, memandangkan sebelum ini ada kluster pandemik COVID-19 yang tercetus dari kalangan mereka.

Jadi boleh dikatakan maklumat mengenai model baharu Proton agak berkurangan sejak kebelakangan ini. Namun, kata Mat Bond ada ura-ura mengatakan yang Proton tidak lagi akan menggunakan transmisi CVT yang ketika ini digunakan pada model Persona dan Iriz pada model MC2 yang dijadualkan tahun hadapan.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Ini bermakna ‘transmisi yang tidak digemari’ oleh pemilik Proton itu bakal digantikan dengan transmisi 4-kelajuan automatik pada model Saga. Ia mungkin akan menggembirakan bakal pemilik Persona dan Iriz MC2 nanti kerana mereka tidak perlu lagi ‘dihantui’ oleh masalah transmisi CVT. Tambah Mat Bond, ada khabar angin mengatakan, mungkin tiada model baharu akan dilancarkan oleh Proton tahun depan.

Difahamkan ada beberapa model yang dipertingkatkan seperti Persona dan Iriz MC2 dan juga satu varian crossover yang mula diuji ketika ini akan diperkenalkan nanti. Mungkin juga ada model yang lain, namun buat masa ini ‘masih dirahsiakan’. Dalam perkembangan berasingan, ketika ini, kilang di Tanjung Malim telah menyiapkan banyak stok untuk varian terbaharu, iaitu model Persona ‘Black Edition‘ serta Edisi Khas Iriz R3.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Kesemua model ‘edisi khas’ ini dikatakan bakal memakai seragam hitam, sama seperti Saga Anniversary Edition. Kedua-dua model ini dikatakan mendapat rekaan rim baharu dan kit badan (mungkin sebagai aksesori pilihan). Foto Iriz R3 sebenarnya telah bocor dalam artikel kami sebelum ini yang memperlihatkan kelibat Iriz berwarna hitam dengan calitan kuning pada jeriji Ethereal Bow dan cermin sisinya.

Persona ‘Black Edition’ pula dikatakan akan dihiasi dengan calitan warna emas di beberapa bahagian tertentu, Setakat ini tiada maklumat terkini bilakah Proton akan melancarkan model-model ‘edisi khas’ tersebut dan kami akan cuba mendapatkan info terkini menerusi Mat Bond dari semasa ke semasa.

Tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif