ARKIB

KATEGORI

Buletin

Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?

Foto Intip

Views

Masih ingat lagi tak anda dengan foto intip yang memaparkan kelibat sebuah Proton Iriz berwarna hitam dengan calitan kuning pada jeriji Ethereal Bow dan cermin sisi dalam artikel sebelum ini? Nampaknya info dari ejen perisik Mat Bond seperti yang disiarkan minggu lalu, jarang sekali tersasar.

Menurutnya, kilang Proton di Tanjung Malim telah menyiapkan banyak stok untuk varian terbaharu yang hanya menunggu masa untuk dilancarkan, iaitu model Persona ‘Black Edition‘ serta Edisi Khas Iriz R3. Foto sarung tempat duduk yang disulam dengan logo R3 Limited Edition mengesahkan lagi kesahihan perkara tersebut.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Ia telah dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook bernama Awan Fenomena ke laman group Proton Iriz Club Malaysia (PICM) baru-baru ini. Setakat ini apa yang kami ketahui, kesemua model ‘edisi khas’ ini akan menyarung seragam hitam, sama seperti Saga Anniversary Edition.

Kedua-dua model ini dikatakan mendapat rekaan rim baharu, kit badan (mungkin sebagai aksesori pilihan) dan peningkatan di ruang kabin seperti kemasan sarung tempat duduk kulit/fabrik dan lain-lain. Kami juga tidak pasti sama ada Iriz R3 Limited Edition akan menerima talaan khas atau pun tidak.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Namun jika merujuk kepada artikel ini, Proton akan menawarkan tiga pakej aksesori, iaitu pakej LifestyleR3 Sports dan Proton Design. Pakej R3 Sports akan membolehkan anda meningkatkan prestasi kereta sehingga 30 peratus, menerusi penambahan spoiler dan pengecas turbo tambahan.

Tidak pasti sama ada ia mempunyai hubung kait dengan Iriz R3 Limited Edition ataupun tidak. Kami akan cuba merisik beberapa lagi info baharu dalam masa terdekat. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply