ARKIB

KATEGORI

Buletin

MOT cadang tempoh pembaharuan cukai jalan dilanjutkan dua bulan lagi

Berita Tempatan

Views

Kementerian Pengangkutan (MOT) bercadang melanjutkan tempoh pengecualian pembaharuan cukai jalan kenderaan persendirian selama dua bulan lagi. Astro Awani melaporkan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata bagaimanapun, pemandu perlu memastikan kenderaan mereka memiliki perlindungan insurans yang sah sebagai persediaan menghadapi kerosakan kenderaan atau kemalangan jalan raya.

Beliau telah berbincang dengan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melakukan persiapan dan meminta melanjutkan lagi tempoh pembaharuan cukai jalan memandangkan masih ada lagi negeri yang mencatatkan kes COVID-19 yang tinggi seperti Kuala Lumpur dan Selangor.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Tambahnya, pada masa sama, kementerian sedang memikirkan satu cara yang berkesan untuk menyelesaikan secara berfasa kes-kes cukai jalan yang tidak berbayar sekali gus meredakan keadaan (kesesakan di kaunter JPJ) apabila ianya dibuka nanti.

Pada 29 Januari lalu, Bernama melaporkan MOT mengumumkan pengecualian pembaharuan cukai jalan bermula 1 Februari hingga 31 Mac susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengehadkan operasi di kaunter JPJ.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Wee juga berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pegawai dan anggota JPJ yang terlibat dengan rasuah, sekali gus membersihkan nama agensi itu. Pihaknya tidak akan berkompromi kerana mereka tidak melindungi sesiapa supaya siasatan dijalankan oleh pihak yang bertanggungjawab bagi menentukan kesahihan sesuatu aduan.

Jelasnya, jika benar berlaku, maka pihaknya akan biarkan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk mengambil tindakan. Kelmarin, Timbalan Pengarah JPJ Perlis direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah dan melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply