ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mudah.my perkenal program ‘Sell to Mudah’ dan ‘Sell on Mudah’, jual kereta dengan lebih cepat dan cekap

Berita Tempatan

Views

Platform Jual-Beli Kereta Terbesar Malaysia, Mudah.my dengan bangganya mengumumkan perkhidmatan pembelian kereta, ‘Sell to Mudah‘ yang menawarkan cara yang mudah dan cekap bagi pemilik kereta untuk menjual kenderaan mereka.

Pasukan dari Mudah akan memberikan nilai pasaran yang saksama bagi kereta yang ingin dijual dan mengendalikan semua dokumen dan transaksi yang diperlukan untuk mempercepatkan proses dan bebas tekanan buat penjual.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mudah.my, Gaurav Bhasin, pemilik kereta mahukan harga terbaik untuk kereta mereka, tetapi transaksi percuma yang mudah dan keupayaan untuk mendapatkan pembayaran serta-merta juga penting bagi mereka.

Program ‘Sell to Mudah’ membolehkan pemilik kereta menghapuskan proses yang panjang dan rumit untuk menyelesaikan jualan, memberikan mereka harga terbaik dan menerima bayaran dengan segera.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Dengan ‘Sell to Mudah’, penjual kereta mempunyai pilihan tambahan untuk memandu ke salah satu hab Mudah Auto dan menjual kereta mereka dengan serta-merta kepada Mudah.

Ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Mudah sebagai tempat terbaik bagi pembeli dan penjual kereta untuk berurus niaga.

Industri automotif Malaysia pada ketika ini sedang bangkit semula berikutan peralihan negara ke fasa endemik COVID-19.

Satu laporan yang diterbitkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menunjukkan bahawa pembelian kereta baharu bagi tahun 2022 adalah sebanyak 720,658 buah kereta. Ia meningkat sebanyak 41.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Bakal pembeli kereta akan mempunyai lebih banyak pilihan dalam sektor automotif yang dicari-cari dengan Mudah Auto Sell sebagai pasaran kereta terbesar di Malaysia yang menawarkan pengalaman mudah untuk bakal pembeli dan penjual kereta.

Pengguna juga mempunyai pilihan untuk mengiklankan kereta mereka di platform atas talian, tetapi ‘Sell on Mudah‘ ditujukan kepada pengguna yang ingin capai lebih ramai bakal pembeli untuk rundingan harga secara terus.

Kedua-dua pilihan ini mempunyai kelebihannya tersendiri dan ia bergantung kepada pilihan pengguna dan keadaan kereta mereka.

Ketua Pegawai Perniagaan Mudah.my. Peter Wong berkata, Mudah menjemput pemilik kereta untuk mengambil kesempatan daripada perkhidmatan pembelian kereta baharu ini dan melihat sendiri betapa mudahnya untuk menjual kereta anda.

Liputan hab Sell to Mudah kini boleh didapati di Lembah Kelang, Pulau Pinang, Johor dan Kedah (melalui janji-temu). Untuk maklumat lanjut, muat turun applikasi Mudah.my atau layari https://www.mudah.my/sell-to-mudah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply