ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Imej manipulasi foto kembar Perodua Axia 2023 (D74A), ketepatan lebih 90 peratus!

Impresi Artis

Views
AGYA-AYLA RILIS 13 FEBRUARI 2023! | BELI BRIO? TAHAN DULU! | Virtual Modification #MALMOD #Agya

Kali ini kami ‘mengimport’ kepakaran pereka dari negara seberang, Indonesia bernama Malvin W Setiawan dalam manipulasi foto untuk memberi gambaran rekaan bahagian sisi kembar Perodua Axia 2023 (D74A), iaitu Toyota Agya.

Rekaan tersebut adalah berpandukan gambar rajah lembaran semak (checksheet) untuk kegunaan di kilang pengeluaran Perodua yang tertiris di laman YouTube, Zakirin.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Kita akhirnya dapat menyaksikan visual Axia 2023 (D74A) yang dikatakan melebihi 90 peratus ketepatan. Menurut ejen Mat Bond, hanya sedikit perbezaan terutama pada lampu belakang, bentuk bampar, rim dan beberapa bahagian kecil yang lain sahaja.

Jika anda perasan, sebenarnya ada beberapa elemen reka bentuk model konsep X-Concept yang pernah dipamerkan semasa Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18) ada pada Axia 2023 (D74A).

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Cuma, ia telah diolah kembali pada versi mesra pengeluaran yang lebih cenderung kepada faktor kos dan harga pasaran model itu nanti. Ia seperti garis bumbung, bentuk tingkap, tiang-C dan siluet keseluruhan Axia 2023 (D74A) yang mirip X-Concept.

Tempahan Axia 2023 (D74A) kini telah pun dibuka dengan julat harga tentatif antara RM38,600 hingga RM49,500 (tidak termasuk insuran dan di Semenanjung Malaysia).  Ia akan ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu G, X, SE dan AV.

Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Ivory White (Putih) – solid, manakala selebihnya warna metalik, Lava Red (Merah), Glittering Silver (Perak), Granite Grey (Kelabu) dan satu warna baharu, Coral Blue (Biru). Kami sebenarnya tertunggu-tunggu juga karya sifu Theophilus Chin, agak-agak ada ke?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Malvin W Setiawan

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply