ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mungkin ini gambaran digital paling hampir dengan Proton Iriz versi crossover

Gambaran Artis

Views

Lama betul kita tidak mendengar khabar berita mengenai model-model Proton yang dipertingkatkan untuk tahun 2021 sejak kebelakangan ini kan? Bukan itu sahaja, kelibat unit ujian berpelitup celoreng juga agak jarang ditemui. Ia sekaligus membuatkan kita semua tertanya-tanya apakah statusnya pada ketika ini?

Menurut info terkini yang diperoleh dari ejen Mat Bond, status model-model seperti Persona MC2, Iriz MC3 dan juga versi crossovernya masih lagi berjalan seperti biasa, cuma masih belum diketahui bilakah ia bakal dilancarkan.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Selain itu, dikhabarkan berlakunya kerosakan pada mesin membuat blok silinder enjin di fasiliti Shah Alam yang memaksa prosesnya dipindahkan ke Tanjung Malim buat sementara. Ini akan mengambil masa dan turut melibatkan faktor logistik, sekaligus memperlahankan projek tersebut.

Difahamkan antara model yang terkesan termasuklah Saga, Persona dan Iriz. Kali terakhir kami menyiarkan foto intip model Iriz versi crossover adalah menerusi artikel ini. Jadi, untuk ‘melepaskan kerinduan’ tentang model tersebut, sahabat kami, mahaguru manipulasi foto, Theophilus Chin telah meluangkan masa untuk menghasilkan gambaran terbaharu mengenainya.

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?

Adakah karya terbaharu Theo ini paling hampir dengan model yang sebenar? Biasanya, kalau sudah semakin dekat dengan pelancaran, lazimnya apa yang dihasilkan oleh Theo tidak jauh berbeza dengan model sebenar kerana kami cukup yakin yang beliau juga mempunyai sumber dalaman tersendiri.

Apa pendapat anda mengenai karya manipulasi digital Iriz versi crossover baharu ini?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply