ARKIB

KATEGORI

Buletin

Generasi ketiga Isuzu D-Max 2021 bakal dilancar 26 April – 7 varian, harga bermula dari RM85,599

Berita Tempatan

Views

Digembar-gembukan sebagai trak pikap paling selamat, terkuat dan termaju yang pernah dihasilkan oleh gergasi automotif Jepun, Isuzu, D-Max generasi baharu bakal dilancarkan secara rasmi secara dalam talian pada 26 April ini.

Harganya bermula dari RM85,599 untuk varian paling asas, D-Max 1.9L Single Cab 4X4 hingga RM141,938 untuk varian andalan yang dikenali sebagai D-Max 3.0L 4X4 AT X-Terrain. Generasi ketiga trak pikap ini bakal ditawarkan dengan tujuh pilihan varian dan berikut adalah senarai varian termasuk harga:

  • 1.9L Single Cab 4X4 – RM85,599
  • 3.0L Single Cab 4X4 – RM95,538
  • 1.9L 4X4 MT 6-speed – RM99,599
  • 1.9L 4X4 AT Standard – RM106,999
  • 1.9L 4X4 AT Premium – RM121,549
  • 3.0L 4X4 AT Premium V-Cross – RM128,038
  • 3.0L 4X4 AT X-Terrain – RM141,938

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Isuzu Malaysia turut menawarkan jaminan selama lima tahun atau 150,000 km (yang mana terdahulu) bagi semua varian, kecuali varian X-Terrain yang mendapat jaminan tambahan dua tahun atau secara keseluruhannya tujuh tahun.

Model ini dibangunkan dari pelantar baharu, Dynamic Drive Platform yang menjadikan struktur badannya lebih kukuh, lebih stabil semasa dipandu dan membantu mengurangkan tahap kebisingan, getaran dan kekasarannya (NVH).

D-Max 2021 menampilkan gaya reka bentuk yang mantap dan bergaya menerusi profil kekuda yang menyerlahkan ‘kejantanannya’ bagi membolehkannya nampak lebih menyerlah ketika di jalan raya. Reka bentuk baharu ini juga menawarkan ruang dalaman yang lebih lapang, dan ini membolehkan para jurutera Isuzu melengkapkannya dengan ciri-ciri dan keselesaan yang mendahului kelasnya.

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?

Trak pikap ini ditawarkan dengan dua pilihan penjana, iaitu enjin RZ4E-TC 1.9 liter common-rail empat-silinder diesel dengan Variable Geometry Turbo yang menjana 150 PS dan 350 Nm daya kilas dan enjin 4JJ3 3.0 liter yang mampu menghasilkan 190PS dan 450Nm daya kilas, peningkatan sebanyak 13 PS dan 70 Nm daya kilas berbanding enjin terdahulu.

Kali ini satu varian andalan baharu turut diperkenalkan, iaitu X-Terrain yang dilengkapi tujuh beg udara termasuk beberapa ciri terkini seperti Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Perlanggaran Hadapan, Brek Kecemasan Autonomi, fungsi menghidup enjin secara kawalan jauh dan banyak lagi.

Selain itu, ia turut dilengkapi kelengkapan lain seperti, Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Kawalan Cengkaman (TCS), Bantuan Mula Mendaki (HSA), Bantuan Gelongsor (HDC), Isyarat Henti Kecemasan (ESS), penderia parkir hadapan dan belakang serta kamera undur.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply