ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua jual 99,700 unit kenderaan untuk separuh pertama 2017, sasar 202,000 unit jualan tahunan

Views

Bagi enam bulan pertama 2017, Perodua telah berjaya menjual sebanyak 99,700 unit kenderaan, yang menunjukkan peningkatan sebanyak 2.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu yang hanya berjumlah 97,400 unit. Hingga setakat ini, Axia menjadi model paling laris Perodua pada tahun 2017.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata jumlah jualan industri (TIV) dari Januari hinga Jun tahun ini bakal mencecah 284,200 unit kenderaan dan Perodua menguasai hampir 35.1 peratus pegangan pasaran setakat ini. Semua model Perodua berada di kedudukan teratas dalam segmennya dan jumlah jualannya adalah seperti berikut:

  • Axia – 32,600 unit
  • Bezza – 28,300 unit
  • Myvi – 24,000 unit
  • Alza – 14,700 unit

Berdasarkan pemerhatian dalaman, jumlah jualan industri telah meningkat sebanyak 2.3 peratus kepada 284,200 unit kenderaan untuk enam bulan pertama 2017 berbanding 275,500 unit untuk tempoh sama tahun 2016. Antara faktor yang mendorong peningkatan jualan pada separuh pertama 2017 adalah kempen pemasaran yang agresif yang dibuat oleh hampir semua pemain industri selain pengenalan model baharu ke pasaran. Selain itu, kebanyakkan pengeluar turut menghabiskan stok tahun 2016 dengan memberikan pelbagai diskaun menarik.

Walaupun ada peningkatan jualan, pemberian pinjaman yang lebih ketat menjadi cabaran yang paling hebat untuk di atasi kerana kebanyakkan pelanggan ddalah terdiri daripada pembeli kereta kali pertama. Untuk tahun 2017, Perodua akan fokus kepada barisan model semasa dengan menawarkan promosi menarik kepada pelanggan, antaranya promosi sempena Hari Raya ‘Salam Syawal’ yang menawarkan diskaun hebat untuk model terpilih selain sambutan ulang tahun ke-12 Myvi tahun ini.

Perodua akan menjalankan kempen khas untuk Myvi dengan memberikan rebat tunai sehingga RM7,500 selain peluang untuk memenangi hadiah wang tunai sehingga RM12,000. Untuk tahun 2017, Perodua menyasarkan jualan 202,000 unit kenderaan, sedikit rendah berbanding tahun lalu sebanyak 207,100 unit. Untuk khidmat selepas jualan pula, Perodua mencatatkan kemasukan 1.02 juta kenderaan ke pusat servisnya untuk enam bulan pertama 2017, meningkat 1.2 peratus dari 1.01 juta pada tempoh sama tahun 2016.

Untuk eksport pula, Perodua telah menghantar sebanyak 1,854 unit kenderaan ke enam (6) buah negara pada separuh pertama 2017. Sejak diperkenalkan di Mauritius dan Sri Lanka, Bezza mendapat permintaan yang menggalakkan dengan jualan lapan (8) dan 79 unit. Bagi pengeluaran pula, Perodua telah mengeluarkan sebanyak 96,600 unit kenderaan pada enam bulan pertama tahun ini dan menjangkakan bakal mengeluarkan sehingga 197,000 unit menjelang akhir tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply