ARKIB

KATEGORI

Buletin

MyMAP buka penyertaan untuk fasa kedua dan ketiga

Berita Tempatan

Views

Program Penilaian Motosikal Malaysia (MyMAP) kini membuka penyertaan kepada semua pengeluar motosikal kategori 250cc ke atas dan semua jenis kombinasi enjin (ICE, hibrid dan elektrik) di Malaysia bermula 3 Julai 2023.

Sehingga kini, MyMAP telah menganugerahkan penarafan lima bintang kepada sembilan (9) buah model motosikal yang terdiri daripada pelbagai pengeluar motosikal di Malaysia.

Bagi merealisasikan visi MyMAP untuk menghasilkan motosikal yang lebih selamat, penyertaan kali ini membolehkan model model motosikal yang premium dan berkuasa tinggi untuk mengetengahkan teknologi keselamatan.

Dalam fasa pertama MyMAP, penyertaan adalah secara sukarela dan terhad kepada motosikal kategori 250cc dan ke bawah sahaja.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Fasa kedua MyMAP pula hanya melibatkan motosikal melebihi 250cc manakala fasa ketiga kini melibatkan semua jenis motosikal dengan kombinasi kuasa.

Peralihan kepada fasa kedua dan ketiga ini membuka peluang kepada pengeluar-pengeluar motosikal berkuasa besar dan semua jenis enjin di Malaysia untuk menyertai program ini.

Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik, Ts. Zulhaidi Jawi, pihaknya telah menerima banyak permohonan daripada pengeluar motosikal yang berkuasa besar dan hibrid.

Oleh itu, penyertaan bagi fasa ketiga dibuka lebih awal daripada jangkaan waktu yang sepatutnya. Dengan pembukaan fasa ini, diharapkan lebih banyak pengeluar menyertai MyMAP yang secara tidak langsung akan mendorong penembusan teknologi kepada model asas atau mampu milik.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Hal ini seiring dengan perkembangan pasaran motosikal di Malaysia yang menawarkan pelbagai ciri-ciri keselamatan tambahan dengan julat harga yang bersesuaian.

MIROS juga akan terus bekerjasama dengan semua pihak bagi merealisasikan motosikal sebagai satu pilihan mod pengangkutan yang selamat.

Maklumat lanjut berkenaan penilaian MyMAP serta senarai motosikal yang telah menerima penarafan boleh dirujuk di https://mymap.com.my/.

MIROS amat mengalu-alukan pengeluar motosikal yang berminat untuk menyertai program penarafan ini untuk mengemukakan permohonan melalui e-mel kepada [email protected].

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply